Empat elemen yang membentuk rekaan moden Kawasaki

oleh Mohamad Hanif|
Di kalangan 'Japanese Big Four', Kawasaki merupakan antara pengeluar motosikal yang tampil dengan elemen rekaan yang tersendiri dan unik kepada jenama itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sukar untuk mengatakan 'eh, motor Kawa tu macam Yamaha lah', atau 'kenapa motor Kawasaki tu tiru rekaan Honda?' apabila sebuah jentera Kawasaki melintas di depan mata.

Baru-baru ini, Careta berkesempatan untuk duduk semeja dengan orang kuat Kawasaki Motors Ltd (KMC) yang berkunjung ke Malaysia, iaitu Keishi Fukumoto selaku ketua unit rekaan diiringi oleh Keiichi Morohara selaku ketua perancangan produk.

 

Keiichi Morohara (kiri), Keishi Fukumotor (kanan)


Menurut Keishi Fukumoto yang bertanggungjawab menghasilkan rekaan model ZX-9R tahun 1990, empat elemen yang membentuk rekaan moden Kawasaki adalah 'Sugomi', 'Fierce', 'Sexy' dan juga 'Sharp' di mana model pertama yang menggunakan keempat-empat elemen ini ialah model Kawasaki Ninja H2 SX.

Jelasnya, mereka banyak mengambil elemen, budaya serta persekitaran masyarakat Jepun untuk diabadikan pada rekaan jentera motosikal Kawasaki, dan hasil akhirnya boleh dikatakan sebuah rekaan Kawasaki yang sejati dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana model pesaing di pasaran.

Empat konsep yang dinyatakan tersebut sememangnya digunakan untuk barisan model-model penting seperti Ninja dan juga Z dan mungkin sekali akan digunakan pada model-model akan datang seperti superbike berkuasa elektrik Endeavor.
 

H2 SX


Sepanjang tempoh berkunjung ke Malaysia, antara perkara yang menarik minat Fukumoto adalah elemen geometri yang biasa kita lihat pada masjid-masjid.

Sementara itu, Keiichi Morohara berpendapat pasaran motosikal di Malaysia agak unik berdasarkan pemerhatiannya menerusi perlumbaan Cub Prix.

"Kebanyakan penunggang Malaysia sukakan kelajuan maksimum. Full Throttle!"

Dalam pada itu, wakil Kawasaki menjelaskan syarikat itu tidak berhasrat untuk memasuki pasaran motosikal bersesaran rendah di Asia Tenggara, dan masih setia menawarkan model bersesaran 250 cc dan ke atas.

Berita Berkenaan

Berita Global
Masih lagi mengekalkan elemen angkasa lepas pada rekaan kenderaan mereka, Vision Starburst pula…