Empat finalis Malaysia mara ke International BMW GS Trophy Oktober ini

oleh Mohamad Hanif|
BMW Motorrad Malaysia baru-baru ini menganjurkan cabaran BMW Motorrad GS Challenge 2022 yang pertama di Malaysia melibatkan lebih daripada 150 orang penunggang jentera kembara serta para peminat BMW Motorrad bertempat di Putrajaya.
NISSAN MREC Banner Campaign Mar

Cabaran ini menyaksikan para peserta perlu menempuh ujian tunggangan serta pengendalian di atas beberapa jalan berhalangan.

Beberapa finalis terbaik telah dipilih untuk persaingan hari kedua bagi merebut peluang eksklusif menyertai acara "Follow The Trails" (FTT) yang menjadi sebahagian daripada acara International BMW GS Trophy di Albania pada Oktober nanti.
 

GS


Empat pemenang tersebut ialah Muhairi bin Muhammad, Rosmadi bin Saad, Niranjan a/l Visuvalingam dan Elis Suriani binti Johari.

Menurut Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, "BMW Motorrad GS Challenge ini mengimbau pertandingan popular kami (International GS Trophy) yang mengambil tempat di beberapa lokasi ekstrem di seluruh dunia.

"Kami ingin membawakan keterujaan pengembaraan tersebut untuk para penunggang GS di Malaysia dan saya percaya para peserta kita telah menikmati keseronokan, pengembaraan dan cabaran penunggang yang merupakan ramuan untuk kelahiran jentera GS.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kesemua peserta berkumpul di bilik pameran pengedar masing-masing sebelum berlepas secara…
Pelancaran Motosikal
Harga BMW K 1600 B bermula dari RM173,500.00 bersama Waranti 3 Tahun serta Program Bantuan Tepi…
Berita Global
Kempen ini dikatakan berkait rapat dengan risiko kerosakan yang disebabkan oleh aci cardan dan…