
Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, kejadian berlaku sekitar jam 9.07 pagi dan melibatkan sebuah lori tanah, lori sampah serta dua kereta jenis Perodua Myvi.
Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.

“Sebaik tiba, didapati kemalangan melibatkan empat kenderaan dengan empat mangsa cedera, terdiri daripada tiga lelaki warga asing dan seorang wanita tempatan berusia 34 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya lagi, semua mangsa diberi rawatan awal oleh pasukan perubatan di lokasi sebelum dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut.

Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Sumber: Sinar Harian (21 Oktober 2025)
