Empat maut, kereta kabel terjunam ke dalam gaung di Itali

oleh Penyumbang Rencana|
Empat maut selepas kereta kabel yang dinaiki jatuh dalam gaung di selatan Itali.

Insiden berlaku ketika membawa pelancong dari bandar Castellammare ke Gunung Faito dalam keadaan cuaca buruk.

Operasi mencari dan menyelamat membabitkan lebih 50 anggota bomba berdepan kesukaran susulan berkabus dan angin kencang.

Kemalangan itu dikaitkan dengan salah satu kabel yang terputus, namun siasatan lanjut masih dijalankan.

Syarikat kereta kabel tersebut menyatakan bahawa perkhidmatan kereta kabel berkenaan telah beroperasi semula sejak 10 hari lalu selepas melalui proses pengubahsuaian dengan memastikan semua aspek keselamatan terjamin.

Pasukan penyelamat telah berjaya mengeluarkan 16 orang dari kereta kabel menurut jurucakap pasukan bomba Itali kepada CNN.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata kebenaran merancang bagi projek mega Kerajaan Negeri Pulau Pinang bernilai RM250…
Berita Global
  Kereta kabel yang menghubungkan Tasik Maggiore di Stresa dan Gunung Mottarone itu terjatuh…
Berita Domestik
  "Selain kereta api furnikular sedia ada, kereta kabel ini mampu menjadi mod pengangkutan…