Dinamikjaya Motors ialah anak syarikat Bermaz Auto yang telah mengambil alih pengedaran Peugeot di Malaysia daripada Naza.
Dalam sidang akhbar tersebut, Dinamikjaya merancang untuk melancarkan bukan sahaja varian enjin pembakaran dalaman (ICE) biasa bagi Carnival, Sorento dan Sportage tetapi juga varian hibrid (HEV) serta varian plug-in hybrid (PHEV) bagi model-model tersebut.
Dalam perancangan mereka, Kia Sorento bakal dilancarkan pada 2022 dengan dua enjin iaitu ICE dan PHEV/HEV drivetrains manakala Kia Sportage bakal dilancarkan pada 2023.
Sementara itu, Kia Niro dijangka tiba menjelang 2023 dan bakal ditawarkan dengan enjin PHEV/HEV (hibrid) atau elektrik sepenuhnya (BEV).
Dalam perancangan Dinamikjaya, pada tahun 2024 juga, model Kia Carnival akan didatangkan dengan varian PHEV (hibrid) dan untuk Sportage varian HEV akan membuat penampilan pertama di Malaysia.
Dalam perancangan Kia Malaysia pula, mereka menyasarkan pemasangan tempatan (CKD) dengan 100,000 unit di kilang Inokom yang terletak di Kulim dalam tempoh 5 tahun akan datang. Jumlah ini akan dijual pada pasaran domestik dan akan di eksport ke negara jiran dalam blok perdagangan ASEAN.
Model Carnival yang dipratonton minggu lepas adalah model yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Korea dengan pengeluaran CKD akan bermula pada 2022.
Careta sempat bertanya kepada Dato' Wong Kin Foo, Pengarah Urusan - Dinamikjaya Motors Sdn Bhd, apakah cabaran utama yang dihadapi oleh mereka dalam industri automotif di zaman COVID-19 ini.
Jawapan yang diberikan adalah bagaimana mereka perlu memberi keyakinan kepada pelabur dari negara luar untuk membuat pelaburan di Malaysia dalam suasana politik Malaysia yang kurang stabil dan paling utama adalah kepincangan dalam perancangan misi jangka panjang untuk negara berbanding dari negara-negara jiran terutama Thailand dan Indonesia yang menawarkan pakej-pakej menarik serta memberi keyakinan kepada pelabur asing untuk membuat pelaburan di negara mereka!