Empat pelumba negara sambut 1 Syawal di luar negara

oleh HEZERI SAMSURI|
Empat pelumba motosikal negara terpaksa meraikan Hari Raya Aidilfitri tahun ini di Sepanyol kerana menghadapi pusingan perlumbaan di Kejuaraan FIM CEV Repsol 2021.

Adam Norrodin, Sharul Ezwan Mohd Sharil, Syarifuddin Azman dan Muhammad Hakim Danish Ramli kesemuanya akan berada di Litar Ricardo Tormo sehingga pusingan ketiga berlangsung pada 13 Jun kelak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Adam yang sudah lima tahun berhari raya di perantauan berkata perasaan sedih masih ada dan beliau belum mampu menyesuaikan diri sepenuhnya untuk sambutan Aidilfitri tanpa keluarga. Beliau membawa cabaran Moto2 dan mahu mengharumkan nama negara untuk meraih juara dunia Kejuaraan CEV Repsol.

Syarifuddin Azman yang bersaing dalam Moto3 juga berkongsi perasaan yang sama dan keluarganya pada mula sukar untuk membenarkan beliau berhari raya di perantauan.

Pelumba European Talent Cup Sharul Ezwan pula meraasa sedih bila membuat panggilan video bersama keluarga di Malaysia yang sibuk bersiap untuk 1 Syawal.

 

 

Pelumba muda Muhammad Hakim Danish Ramli pula berkata ibubapanya tidak mempunyai masalah dengan ketiadaan Hakim yang pertama kali berpuasa dan berhari raya di perantauan.

Beliau yang berusia 14 tahun dan masih kuat dengan loghat Terengganu itu seronok kerana dapat membawa motosikal di Sepanyol dan belajar dari "abang-abang" pelumba yang lain.

Ketua Program Pembangunan Bakat SIC, Zulfahmi Khairuddin berkata mereka pada awalnya bercadang untuk pulang ke tanah air pada 10 Mei lalu, selepas perlumbaan pusingan kedua pada 9 Mei.

Namun begitu, dengan perlumbaan seterusnya lebih kurang sebulan lagi, mereka memutuskan untuk tidak pulang dan terus tinggal untuk meneruskan latihan.

Pelumba-pelumba motosikal negara sebenarnya sudah lebih jauh melangkah maju dengan bantuan pihak KBS dan juga SIC.

Perlumbaan kejuaraan luar negara bukan sahaja menambahkan ilmu dan bakat mereka, tetapi membuka peluang untuk mereka berlumba bagi pasukan antarabangsa yang lain.

 

* Laporan penuh di Bernama

 

Berita Berkenaan

MotorGP
Ini adalah ekoran pembatalan keputusan Lorenzo Dalla Porta yang menduduki tangga ke-11 setelah…
Berita Domestik
Ikuti temubual bersama Duta Rasmi GAZOO Racing yang turut serta berlumba dan berjaya memenangi…
Berita Domestik
Itu kata bekas pelumba motosikal negara, Wazi Abdul Hamid yang menyokong usaha pihak berkuasa…