Enam calon akhir bakal berentap di CATCH

oleh Mohamad Hanif|
Toyota Mobility Foundation (TMF) mengumumkan enam calon akhir yang bakal berentap di dalam program City Architecture for Tomorrow Challenge (CATCH).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Program yang dilancarkan oleh TMF pada Februari 2020 itu bertujuan untuk mencari solusi berasaskan data yang dinamik dan pintar bagi mengatasi halangan perancangan bandar dan mobiliti di Kuala Lumpur.

Pandemik COVID-19 yang melanda sejak daripada tahun lalu tidak pernah menghalang penyertaan lebih daripada 90 kemasukan daripada lebih 20 buah negara, di mana pusingan separuh akhir telah pun selesai berlangsung pada Disember yang lalu.

Pada pusingan tersebut, seramai 16 peserta separuh akhir telah dinilai oleh barisan lapan orang hakim dari pelbagai kepakaran seperti pegawai kerajaan, mobiliti mampan, pakar teknologi dan industri.

Berdasarkan maklum balas daripada pihak penilai, TMF akhirnya memilih enam penyertaan sebagai finalis, berbanding lima pasukan seperti yang dirancang pada peringkat awal.

Enam pasukan yang terpilih untuk ke peringkat akhir CATCH adalah seperti berikut:

  • GeoSpock (UK)
  • Hayden AI Technologies (USA)
  • KERB (Malaysia/Australia)
  • Liftango (Australia)
  • Numina (USA)
  • RUNWITHIT Synthetics (Kanada)

Lima kriteria yang bakal dinilai adalah kreativiti, kebolehlaksanaan, kelestarian, kehendak dan juga teknikaliti.

Setiap pasukan akan diminta untuk membangunkan Minimum Viable Product (MVP) serta menerima geran sokongan bernilai US$125,000 (RM506 ribu) untuk tujuan pengujian dan pelaksanaan solusi berasaskan data yang pintar serta terhubung bagi menjadikan Kuala Lumpur yang lebih cekap, inovatif, selamat dan lestari.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sepanjang program CATCH berlangsung, enam peserta terakhir telah berjaya membangunkan dan…
Berita Domestik
Ia merupakan pertandingan pertama seumpamanya di rantau ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan…