Enam kenderaan dihempap papan tanda di Puncak Alam

oleh Penyumbang Rencana|
foto Bernama
Angin kencang menyebabkan papan tanda di sebuah pasar raya di Pusat Perniagaan Alam Jaya, Bandar Puncak Alam roboh dan menghempap enam buah kenderaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 3.44 petang pada Jumaat.

Sebuah papan tanda berukuran 30.48x6.09 meter persegi sebuah pasaraya telah runtuh akibat angin kencang.

Terdapat seorang wanita berusia 45 tahun dikeluarkan oleh orang ramai sebelum pihak bomba tiba di lokasi.

Bacaan selanjutnya di Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
PLUS dalam kenyataan pada Jumaat berkata, ia bertujuan untuk memastikan pengguna lebuh raya…
Berita Domestik
"Kita juga ada papan tanda elektronik (VMS) dan memasang lampu hijau berkelip di atas papan tanda…
Berita Domestik
  Difahamkan kejadian berlaku selepas lori dipandu mangsa memasuki laluan yang dikhaskan untuk…