Enam maut kemalangan di Kluang semalam

oleh Mohamad Hanif|
Enam individu termasuk dua kanak-kanak maut dalam satu kemalangan membabitkan dua kenderaan di Batu 13, kawasan Kahang, Jalan Mersing, di sini petang tadi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Mohd Fauzi Md Nor berkata kejadian itu turut menyaksikan enam lagi individu mengalami kecederaan.

Mereka yang maut ialah Mohammad Ashraf Radiq Abdullah, 11; Muhammad Syakir Noramin, 11; Muhammad Zharfah Noramin 16; Masrina Kahdar, 21, Muhammad Adil Abdul Kadir, 23 dan terbaharu Siti Nurzannah Kahdar, 25.

Kesemua mangsa yang maut menaiki kenderaan jenis Perodua Myvi.

Dalam satu laporan lain, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrain Mohd Noh berkata, "Perodua Myvi yang dinaiki lapan individu dari arah Kluang ke Kahang telah hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan berlanggar dengan Honda Stream yang dinaiki tiga sekeluarga, sebelum Myvi terbabit terbalik dan jatuh ke kawasan lapang di bahu jalan.

"Akibat kemalangan itu, lima penumpang Myvi maut di lokasi kejadian. Lima yang maut mengalami kecederaan di bahagian tengkuk.

"Sewaktu kemalangan, keadaan jalan basah dan licin selepas hujan," katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Bahrain, pemandu Myvi yang berusia 24 tahun yang mengalami kecederaan di bahagian kepala, muka dan tangan sebelah kiri, masih dirawat di zon kuning, hospital sama.

Katanya tiga sekeluarga yang menaiki Honda Stream turut dirawat di hospital sama dengan masing-masing di zon merah dan zon kuning.

"Myvi terbabit mengalami kerosakan teruk di bahagian kiri, belakang dan atas. Manakala Honda Stream mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya lagi.

Sumber: Astro Awani, Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan dipercayai…
Berita Global
Menurut NTSB, maklumat awal menunjukkan Ford Mustang tersebut melanggar bahagian belakang sebuah…