Enam Sebab Kenapa Anda Perlu Servis di Pusat Servis Sah Toyota, Elakkan Bengkel Luar!

oleh Mohamad Hanif|
Pemilikan kenderaan bukan sekadar bayar duit muka, tunggu duit ditolak dari akaun bank setiap bulan dan berhabis duit beribu-ribu untuk ubahsuai perkara yang tidak perlu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mungkin ada yang lupa, penjagaan servis berkala kereta juga adalah sebahagian daripada proses pemilikan kereta untuk memastikan jangka hayat yang lebih panjang, tahan lasak dan paling penting tidak memeningkan kepala di kemudian hari.
 

toyota


Berkunjung ke pusat servis bertauliah sudah semestinya menjadi satu kelaziman terutama di kalangan pemilik kereta baharu, namun ada juga yang 'keras kepala' dan lebih mementingkan khidmat daripada bengkel pihak ketiga.

Semua itu demi mencapai penjimatan jangka pendek, sehinggakan tidak sedar langkah itu sebenarnya mampu memberikan kesan yang sukar dielakkan pada masa hadapan.

Berikut merupakan enam sebab kenapa kami sarankan anda supaya mendapatkan khidmat servis dan penyelenggaraan daripada pusat servis Toyota yang sah.

 

1. Toyota mempunyai jaringan pusat servis bertauliah di seluruh negara.

toyota


Sebagai jenama bukan nasional terkemuka, sudah pasti Toyota mempunyai jaringan pusat servis bertauliah yang meluas di negara ini.

Anda tidak perlu risau kerana kebanyakan kawasan tumpuan penduduk pasti akan ada sekurang-kurangnya satu atau dua pusat servis sah untuk memudahkan urusan pelanggan.

Setidak-tidaknya, tiada keperluan untuk merentas negeri semata-mata untuk mendapatkan khidmat servis kereta, bukan?

 

2. Jaminan Juruteknik terlatih, tiada mekanik bawah pokok ceri

Toyota


Pusat servis sah Toyota mempunyai barisan juruteknik terlatih yang akan sentiasa didedahkan dengan teknologi terkini daripada Toyota.

Ini bagi memastikan setiap pekerja diberikan ilmu pengetahuan yang sewajarnya, dan paling penting, pelanggan tidak perlu risau kerana kenderaan mereka berada di tangan pihak yang terlatih.

 

3. Pemeriksaan menyeluruh.

toyota


Servis di bengkel luar kadang-kala boleh diumpamakan sebagai satu perjudian.

Dapat bengkel yang bagus, syukur Alhamdulillah. Namun, bila nasib tidak baik kita juga sebenarnya tidak terlepas daripada tindakan sesetengah pihak yang suka mengambil jalan pintas semata-mata untuk mengaut keuntungan.

Di Pusat Servis Toyota, anda tidak perlu risau kerana mereka menawarkan jenis servis mengikut tahap penggunaan/jarak perbatuan melalui program Maxcheck.

Anda boleh baca contoh analisa kami sebelum ini untuk kos servis Toyota Avanza di SINI.

 

4. Jaminan penggunaan alat ganti tulen

toyota


Untuk memastikan setiap kenderaan pelanggan berada dalam keadaan baik dan selamat, Pusat Servis Toyota hanya menggunakan bekalan alat ganti tulen sahaja.

Jadi, anda tidak perlu risau dengan penggunaan barangan ciplak atau barangan S***** Motorsports yang kadang-kala jauh lebih murah, namun dengan kualiti, ketahanan dan keselamatan yang tidak terjamin.

 

5. Harga yang berpatutan dan kompetitif

toyota


Untuk makluman, Toyota Malaysia ada menawarkan pakej servis yang sangat kompetitif untuk pelanggan baharu dan pelanggan sedia ada, merangkumi setiap model kenderaan yang dijual.

Bergantung kepada Pakej Service Savers yang diambil (tempoh tiga atau lima tahun), anda sebenarnya boleh jimatkan wang sehingga RM814*!

*tertakluk kepada model dan pakej yang diambil

 

6. Anda pentingkan 'resale value' kereta?

toyota


Bila kereta dijaga dengan baik, jarang meragam sebab tuan empunya kereta suka hantar servis di Pusat Servis Toyota, ditambah pula dengan penjagaan baik dan menyeluruh daripada mekanik terlatih, apa pula manfaatnya?

Ya, nilai jual semula kereta anda mungkin sekali jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan mereka yang gemar menghantar kereta ke bengkel luar.
 

toyota


Jadi, sekiranya anda tergolong dalam kategori yang pentingkan 'resale value', usah berdiam diri lagi.

Tempahlah slot servis kenderaan anda di Pusat Servis Toyota yang sah di mana jua yang anda suka, dan dapatkan pengalaman pemilikan yang lebih tenang dan tidak memeningkan kepala.

Dengan kereta Toyota, anda sudah pasti tiada masa untuk sakit kepala.