Enam varian Navara 2021 yang anda boleh pilih - bermula dari RM91,900

oleh HEZERI SAMSURI|
Edaran Tan Chong Motor (ETCM) sudah mula menawarkan trak pikap Navara facelift mereka untuk tahun 2021.

Harga-harga bagi kesemua enam varian Nissan Navara baharu adalah seperti di bawah.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
HARGA NAVARA 2021

 

ETCM juga menawarkan pakej Flexi Financing di mana pembayaran ansuran bulanan bermula dari serendah RM670 sebulan (untuk Single Cab Manual) sehingga RM1,200 sebulan (untuk Pro-4X Auto), berdasarkan pinjaman 90 peratus untuk sembilan tahun dan ansuran bulanan akan meningkat selepas beberapa tahun.

Jaminan 5 tahun atau 150,000 km (mana yang terdahulu) adalah standard untuk semua varian Navara 2021.

Enjin juga hadir dalam dua jenis talaan. 

Varian manual (SE TwinCab Manual dan Single Cab Manual)

  • Enjin turbodiesel 4-silinder DOHC YD25 dengan talaan sederhana yang menghasilkan 163PS pada 3,600 rpm dan 403 Nm pada 2,000 rpm.
  • Transmisi manual 6-kelajuan.

Varian automatik (SE Auto, V Auto, VL Auto, Pro-4X Auto)

  • Enjin turbodiesel 4-silinder DOHC YD25 dengan talaan tinggi yang menghasilkan 190PS pada 3,600 rpm dan 450 Nm pada 2,000 rpm.
  • Transmisi auto 7-kelajuan dengan mod manual.

 

 

Facelift bermakna ia masih model yang sama, tetapi diberi pembaikan baharu dan untuk Navara, ia adalah merangkumi rekabentuk hadapan dan juga perubahan teknikal yang membabitkan talaan pada stereng dan sistem gantungan.

Kesemua varian Navara 2021 (kecuali Single Cab) diberikan sistem gantungan belakang jenis multilink dengan pegas gegelung (coil spring) jenis Dual Rate.

Electronic Locking Rear Differential pula adalah jenis baharu yang mampu mengunci kedua-dua roda belakang dalam situasi ekstrem, seperti di dalam laluan pasir dalam atau berlumpur.

Tailgate Assist pula membuatkan pintu kargo belakang lebih ringan untuk dibuka dan ditutup.

 

 

 

Bamper belakang lengkap dengan tempat pemijak untuk memudahkan akses ke kargo belakang.

Cermin depan (windscreen) dan tingkap sisi hadapan adalah dari jenis Laminasi Akustik (Acoustic Lamination) agar menyerap bunyi luar dari masuk.

Ciri keselamatan pula terdiri dari:

  • Vehicle Dynamic Control
  • Traction Control System
  • Active Brake Limited Slip Differential
  • Hill Start Assist
  • Hill Descent Control
  • Anti-Lock Braking System
  • Electronic Brake Distribution
  • Brake Assist

Tenologi Nissan Intelligent Mobility pula wujud pada Varian Pro-4X Auto, VL Auto dan V Auto.

 

 

Walaupun Pro-4X Auto (RM142,200) adalah varian tertinggi, ia "hilang" beberapa ciri utama yang cuma ada pada varian VL Auto (RM137,900).

Contohnya, tempat duduk pemandu Pro-4X Auto adalah dari jenis manual sementara VL-Auto menerima tempat duduk pemandu jenis elektrik dengan 8-arah pelarasan dan sokongan lumbar 2-arah.

VL Auto juga menerima roda aloi bersaiz 18-inci lengkap dengan sistem pengawasan tekanan udara tayar (TPMS).

Varian Pro-4X Auto menggunakan roda aloi bersaiz 17-inci TANPA sistem TPMS. Alasan ETCM ialah pemilik Pro-4X Auto dijangka akan sering turun offroad dan akan menurunkan tekanan tayarnya dan itu akan menyebabkan TPMS mengeluarkan bunyi amaran yang boleh mengganggu.

 

 

Jika spesifikasi standard masih tidak mencukupi, ETCM menawarkan Aksesori Eksklusif dengan jaminan 3-tahun atau 100,000 km (mana yang terdahulu). Pakej-pakej tersebut ada di bawah dan boleh dimasukkan ke dalam pakej pinjaman anda.

Untuk spesifikasi lengkap kesemua model-model Navara baharu, anda boleh memuat turun Siaran Akhbar ETCM di bawah.

Siaran Akhbar Nissan Navara 2021

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan mahu bergerak ke arah penghasilan tren kuasa umum untuk EV,…
Berita Global
  Patrol Super Safari atau juga dipanggil sebagai VTC diasaskan dari Patrol generasi kelima yang…