Energizer lancar produk penjagaan kereta Armor All

oleh Mohamad Hanif|
Energizer Malaysia hari ini memperluaskan portfolio jenamanya di Malaysia dengan melancarkan rangkaian produk penjagaan kenderaan Armor All.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Diane Lee, Pengarah Perniagaan Malaysia & Singapura, Energizer Holdings Inc berkata, "di Energizer, kami amat memahami keperluan pelanggan, termasuklah keperluan yang berubah-ubah ketika pandemik ini.

"Ini merupakan satu peluang bagi kami untuk memasuki segmen penjagaan kenderaan di Malaysia, dan dengan kualiti formulasi Armor All membolehkan kami menawarkan produk yang berkesan dengan harga yang berpatutan.

Produk Armor All merangkumi penjagaan terhadap bahagian luar dan papan pemuka, penggilap tayar dan rim, pembersih cermin dan kaca, serta gel penjagaan dan penggilap kemasan kulit.

Kesemua produk Armor All boleh didapati menerusi cawangan Tesco/Lotus's serta rangkaian pasaraya terpilih.