Enjin F1 dalam kereta biasa - Idea bernas atau kerja gila?

oleh Mohamad Hanif|
Ketika Mercedes-AMG mengumumkan projek terbaharu hypercar yang dinamakan sebagai Mercedes-AMG One, berita ini menggemparkan dunia seketika.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Manakan tidaknya, produksi sebanyak 275 unit yang sudah pun habis terjual itu dikatakan bakal menggunakan enjin sebenar daripada jentera F1 Mercedes-AMG W07. 

Enjin 1.6 liter turbo bentangan V6 itu dikatakan mampu menghasilkan 748 kuasa kuda dan dibantu dengan sistem hibrid empat buah motor elektrik berkuasa 603 kuasa kuda. 

 


Jadi secara keseluruhannya, Mercedes-AMG One merupakan sebuah hypercar dengan kuasa yang menyamai 1,231 ekor kuda!

Atas kertas, angka tersebut nampak gah, akan tetapi adakah ia benar-benar boleh direalisasikan dalam dunia nyata? 

Ini kerana enjin perlumbaan mempunyai sifat-sifat dan halangan yang tersendiri daripada ia beroperasi menyamai enjin kereta penumpang. 

Adakah dengan semudah memasukkan enjin F1 ke dalam kereta biasa, ia akan beroperasi seperti biasa? 

Mungkin tidak. Ini kerana:
 

1. Enjin F1 sebenarnya sukar untuk dihidupkan


Antara ciri yang perlu diambil kira adalah keupayaan untuk dioperasikan sebelum memulakan pemanduan, disebabkan perbezaan dimensi antara komponen dalaman jika dibandingkan dengan enjin biasa. 

Ini kerana di dalam dunia perlumbaan sebenar, jentera F1 memerlukan bantuan pemula luaran untuk dihidupkan, dan semestinya ia tidak begitu praktikal untuk digunakan di atas jalan raya biasa. 

Enjin F1 juga tidak boleh dihidupkan secara sejuk seperti mana enjin biasa dan memerlukan sesi panas badan terlebih dahulu supaya ia boleh beroperasi di dalam suhu yang dibenarkan bagi mengelakkan kerosakan terhadap komponen dalaman. 

Yang pasti, jentera seperti Mercedes-AMG One perlukan sedikit usaha dan kerja keras serta sistem penghidup yang lebih berkeupayaan untuk memulakan pemanduan terutama di hujung minggu.

Ia tidak semudah anda memulas kunci enjin atau menekan butang pandu mula ya..

 

2. Sistem penyejukan


Tidak seperti enjin pembakaran dalaman pada kereta biasa yang mempunyai sistem penyejukan yang sesuai untuk kegunaan seharian, jentera F1 pula bergantung kepada udara ketika bergerak. 

Oleh kerana jentera F1 sentiasa bergerak (ketika perlumbaan), kipas penyejuk tidak diperlukan, dan ketika mereka melakukan pit-stop, kipas yang besar akan dihalakan kepada jentera bagi mengalirkan udara menyejukkan suhu. 

Jadi, adalah tidak sesuai bagi enjin F1 dimuatkan ke dalam kereta yang perlu mengharungi trafik berhenti dan bergerak sehari-harian. 
 

3. Daya kilas yang tidak memberangsangkan

Enjin F1 terkenal dengan binaan dan teknologi yang mampu untuk menghasilkan kuasa kuda yang sangat tinggi. 

Daya kilas yang terhasil tidaklah begitu memberangsangkan, namun ia tidak menjadi masalah kerana berat jentera (termasuk pemandu) tidak mencecah angka 1 tan. 

Namun bagi kenderaan biasa yang mempunyai berat sehingga 2 tan termasuk penumpang, ia bakal mengalami kesukaran untuk bergerak di dalam bandar di mana enjin terpaksa bekerja lebih keras bagi menggerakkan kenderaan. 

Hal ini terpakai untuk enjin F1 tanpa sebarang bantuan sistem hibrid, tidak seperti Mercedes-AMG One yang bakal memanfaatkan sistem hibrid bagi tujuan itu. 

 

4. Penyelenggaraan dan kos berkaitan


Disebabkan perbezaan yang ketara antara enjin perlumbaan dan enjin untuk kereta marhaen, ini juga bakal memeningkan kepala para pemilik kerana jangka hayat enjin F1 yang sangat pendek. 

Seperti contoh, enjin F1 yang dimuatkan pada Mercedes-AMG One ini hanya mampu bertahan sehingga jarak perbatuan 50,000 km sahaja sebelum ia perlu dihantar kembali ke Mercedes untuk dibaik pulih. 

Idea menggunakan enjin F1 ke dalam supercar dan hypercar sebenarnya bukanlah satu perkara baharu, memandangkan Ferrari pernah melakukannya sebelum ini. 

Ferrari F50 dimuatkan dengan enjin F1 4.7 liter Tipo F130B bentangan V12 yang telah ditala semula supaya  berupaya menghasilkan 512 hp dan 471 Nm. 

Manakala Yamaha juga pernah menyumbatkan enjin F1 3.5 liter OX99 V12 hasil pengalaman mereka di dalam perlumbaan tersebut kepada supercar Yamaha OX99-11 yang terhasil sebanyak tiga unit itu. 

 


Kredit: DriveTribe

Berita Berkenaan

Berita Global
Bercakap kepada CarSales, pengarah pembangunan kenderaan Mercedes-AMG Steffen Jastrow menjelaskan…
Berita Global
Ya, hanya 275 unit sahaja yang akan diproduksikan oleh Mercedes, dan kesemua unit sudah pun…
Berita Global
Selain daripada Ferrari LaFerrari, Pagani Zonda dan McLaren P1, beliau juga turut mengumpul hasil…