Enjin R26B 787B skala 1:6 ini cuma berharga RM6.5k sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Kira-kira 30 tahun yang lalu, Mazda berjaya memenangi perlumbaan berprestij 24 Hours of Le Mans dengan menggunakan jentera 787B bernadikan enjin rotari empat rotor R26B.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Bersempena dengan ulang tahun kejayaan yang ke-30, MZ Racing menawarkan model enjin rotari R26B berskala 1:6 'spesifikasi perlumbaan' yang boleh didapati pada harga bermula ¥179,300 (RM6,528).

Sebagai makluman, syarikat itu sebelum ini turut menawarkan model yang serupa pada tahun 2018 dengan penghasilan 100 unit terhad.
 

R26B


Untuk versi terbaharu, pihak MZ Racing telah menambah beberapa ciri seperti manifold ekzos dan peredam, namun masih lagi mengekalkan ciri binaan menggunakan tangan dengan bantuan daripada Kusaka Engineering dan Mazda.

Dari segi dimensi, enjin berskala 1:6 ini memiliki ukuran 400 mm panjang, lebar 230 mm dan tinggi 140 mm, di mana ia memiliki berat sekitar 3 kg dengan menggunakan bahan resin dan logam putih.
 

R26B


Setiap pembelian turut disekalikan dengan bekas akrilik, logo sambutan ulang tahun ke-30, plet spesifikasi 787B, panel spesifikasi enjin R26B serta mesej khas daripada pengarah pasukan Le Mans Mazda, Takayoshi Ohashi.

Untuk mendapatkan model enjin R26B ini, anda boleh menempah terus menerusi laman web MZ Racing sehingga 10 Disember ini, dan penghantaran kumpulan pertama akan dibuat pada November ini.

Sumber: MZ Racing

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia merupakan sebuah kereta yang sangat cantik pernah dihasilkan oleh Mazda yang mampu memenuhi…
Berita Global
Selepas itu, tiada sebarang model pengganti didedahkan walaupun beberapa tahun selepas itu Mazda…
Berita Global
Berita menarik, Mazda bakal mengembalikan semula peranan enjin Wankel itu dalam masa terdekat.…