Kemudian, ia diharamkan kerana perubahan regulasi yang dibuat pada tahun berikutnya.
Setelah hampir 30 tahun, akhirnya perubahan regulasi teknikal terbaharu yang dibuat untuk kategori Le Mans Hypercar bakal menyaksikan penyertaan kembali enjin rotary ke dalam perlumbaan tersebut setelah diluluskan oleh FIA World Motor Sport Council.
Kelas Le Mans Hypercar ini bakal menggantikan peranan LMP1 sebagai kelas teratas di dalam WEC dan 24 Hours of Le Mans bermula musim perlumbaan 2020.
Dengan berita terbaharu ini, satu andaian yang boleh dibuat adalah kembalinya Mazda ke kancah perlumbaan dengan menggunakan nadi rotary!
Menurut sumber yang dilaporkan oleh Japanese Nostalgic Cars, pengeluar yang sinonim dengan enjin rotary tersebut kini melihat Le Mans sebagai salah satu arah tuju baharu dalam merealisasikan enjin rotary generasi baharu.
Selain daripada itu, Mazda kini sedang giat membangunkan model kereta sports RX-Vision sebagai pengganti RX-7, manakala model MX-30 juga dikhabarkan bakal menerima versi range extender menggunakan enjin rotary.