"Seramai sembilan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat KLIA bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Ahmad Mukhlis berkata, pihaknya dimaklumkan pesawat jenis Airbus A320-216 bertolak pada jam 9.59 malam, sebelum berpatah balik ke KLIA 2 kerana berlaku kebakaran enjin di sebelah kanan pesawat.
"Pesawat masih berlegar di udara sementara menunggu arahan untuk mendarat, pesawat telah berjaya mendarat pada jam 12.08 tengah malam," katanya.
Menurutnya, pesawat itu mengalami kerosakan pada 'pneumatic cutting burst.
"Api telah dipadamkan oleh sistem Halon dalam pesawat sebelum mendarat. Anggota bomba bertindak membantu mengeluarkan mangsa daripada pesawat dan memastikan tiada lagi punca api," ujarnya.
- Syukur tiada insiden yang melibatkan nyawa -