Selepas pelancaran model Aventador Ultimae yang dikatakan model V12 terakhir itu, Lamborghini diberitakan akan melancarkan sebuah lagi model dengan enjin V12 serba baharu tanpa sebarang bantuan elektrifikasi.
Namun, berita kurang baiknya, anda hanya akan dibolehkan menggunakan kuasa liar V12 yang ada menerusi aktiviti dalam litar sahaja, menurut laporan daripada Autocar.
Disebabkan supercar yang khusus untuk kegunaan litar sahaja tidak perlu mematuhi regulasi emisi yang ketat, Lamborghini memberikan bayangan akan melancarkan sebuah model V12 dalam jumlah yang sangat terhad, sama seperti Essenza SCV12.
Menariknya, Aston Martin turut diberitakan akan mengambil langkah yang serupa, di mana model jalanan dengan enjin pembakaran dalaman akan dihentikan penjualannya pada 2030, namun model edisi litar masih lagi akan ditawarkan dengan trenkuasa konvensional.
Sumber: Autocar