Varian RPF1RS yang sebelum ini hanya boleh didapati dalam saiz 15 inci sahaja kini boleh didapati dalam saiz 18 inci yang lebih besar.
Berdasarkan info dari laman web Enkei, terdapat dua warna yang ditawarkan untuk rim RPF1RS 18 inci ini, iaitu perak atau matte gun metallic.
Tahap kelebaran rim pula bermula dari 9.5J hingga 11J, menjadikannya sangat ideal untuk mana-mana kereta dengan pacuan roda belakang.
Setiap rim RPF1RS ini direka menggunakan proses yang dinamakan sebagai MAT (Most Advanced Technology) yang mampu mengurangkan masa dan kos pembuatan, dan dalam masa yang sama menawarkan tahap kekuatan yang tersendiri.
Bergantung kepada tahap kelebaran dan kedalaman rim, RPF1RS saiz 18 inci ini dijual pada harga bermula dari ¥64,350 hingga ¥67,650 (RM2,084-RM2,191).