EON lantik myTukar sebagai rakan niaga tukar-beli

oleh Mohamad Hanif|
myTukar, platform jualan kenderaan terpakai atas talian yang pesat berkembang, hari ini menandatangani perjanjian usaha sama strategik bersama Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON) sebagai rakan niaga tukar beli kenderaan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Melalui usaha sama ini, myTukar akan memudahkan proses tukar beli untuk pelanggan EON dengan melakukan pemeriksaan kenderaan oleh pemeriksa bertauliah myTukar, sekiranya dipinta oleh pelanggan.

EON, anak syarikat DRB-HICOM Berhad merupakan wakil pengedar untuk beberapa jenama antaranya, PROTON, Mitsubishi, Audi dan Volkswagen, masing-masing melalui EON, EON Automart, Euromobil dan HICOM Auto. Rangkaian EON meliputi 20 cawangan di seluruh negara.

CEO myTukar, Fong Hon Sum yakin bahawa usaha sama ini akan berjaya dengan adanya rangkaian pengedar EON yang kukuh, di samping menyediakan peluang kepada EON untuk meningkatkan perkhidmatan kepada pelanggannya.

“myTukar sangat berbesar hati mendapat peluang bekerjasama dengan salah satu konglomerat terbesar Malaysia yang memiliki perniagaan automotif yang begitu komprehensif. Kolaborasi ini membolehkan EON memanfaatkan platform teknologi milik myTukar dalam menyediakan penilaian yang pantas dan telus untuk tukar beli kenderaan kepada para pelanggan EON. Ini dapat memantapkan lagi pengalaman pelanggan di rangkaian EON kerana kini menjadi sebuah pusat solusi sehenti yang efektif,” ujar Fong.

 


Dato’ Sri Syed Faisal Albar, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM yang sependapat dengan Fong, menyatakan bahawa usaha sama ini merupakan situasi sama menang yang menyediakan potensi dan peluang yang besar kepada kedua-dua belah pihak.

“Ini adalah satu sinergi yang mantap dan kami sangat gembira kerana menemui rakan niaga yang sehaluan seperi myTukar. Tukar beli sering kali menjadi satu perkara yang menyusahkan pembeli kenderaan, yang kini semakin mahukan proses transaksi yang telus dan ringkas. Kami yakin sistem tukar beli inovatif myTukar ini berupaya meningkatkan jualan kenderaan baharu di seluruh cawangan kami, dan lebih penting dapat memantapkan lagi pengalaman pelanggan kami secara keseluruhan di semua cawangan. Seterusnya membolehkan kami memberi lebih nilai kepada pelanggan kami,” kata Syed Faisal.

Sebagai permulaan, kolaborasi bersama EON ini hanya akan meliputi Semenanjung Malaysia. Bagaimanapun, myTukar pada tahun ini berkembang pesat dengan pembukaan tujuh cawangan baharu di seluruh negara.

Pembukaan lebih banyak cawangan di Malaysia Timur bermula dengan Kuching dan Kota Kinabalu sedang dirancang, dan pastinya ia memberi manfaat yang lebih besar kepada EON di masa hadapan.

myTukar merupakan syarikat pertama dalam  industri kenderaan terpakai secara atas talian di Malaysia yang dianugerahkan pensijilan berprestij ISO 9001:2015 untuk Sistem Pengurusan Kualiti. Pensijilan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan myTukar dalam memastikan jualan kenderaan berteknologi inovatif ini berada di tahap terbaik dari segi kualiti, keyakinan dan ketelusan di semua peringkat agar seiring dengan pengembangannya yang pesat.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Carro yang juga memiliki myTukar adalah antara platform jualan kenderaan terpakai terbesar di…
Berita Domestik
Skim ini menawarkan pembiayaan kereta mampu milik dengan ansuran rendah untuk tiga tahun pertama…
Berita Domestik
Dengan pelancaran Proton EON 3S-Platinum di Alor Setar ini mampu memperkukuhkan lagi kehadiran…