EON rasmi buka Pusat 3S smart Glenmarie, Shah Alam

oleh Mohamad Hanif|
Edaran Otomobil Nasional Berhad secara rasmi membuka pusat pameran 3S EON smart Glenmarie bertempat di Shah Alam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pusat 3S EON smart Glenmarie mempunyai keluasan 4,362 kaki persegi, dengan ruang yang mampu memuatkan tiga kereta pameran dan satu kereta penghantaran baharu. 
 

Eon


Fasiliti itu turut mempunyai ruang rehat pelanggan yang luas, kafe, ruang perbincangan, kemudahan Wi-Fi dan ruang khas untuk kanak-kanak. 

Pusat 3S itu juga menyediakan perkhidmatan selepas jualan berkeluasan 3,716 kaki persegi dengan empat ruang servis termasuk satu untuk servis bervoltan tinggi, dan satu untuk penjajaran tayar. 
 

Eon


Terdapat juga lapan ruang parkir khas untuk pelanggan, dengan kemudahan dua pengecas AC 22 kW dan satu pengecas DC 60 kW. 

Pusat 3S EON smart Glenmarie dibuka setiap Isnin-Sabtu jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang, sementara waktu operasi hari Ahad dan cuti umum bermula 10.00 pagi hingga 4.00 petang. 

Waktu operasi pusat servis pula dibuka Isnin-Jumaat jam 8.30 am-5.30 pm, Sabtu (8.30 am-1.00 pm), dan ditutup pda Ahad dan cuti umum. 
 

Eon


  
Menurut Ketua Unit Pengedaran DRB-HICOM dan CEO EON, Akkbar Danial berkata, “kami menjangkakan pembukaan pusat 3S ini akan memainkan peranan penting dalam memenuhi permintaan terhadap smart #1 yang semakin meningkat. 

EON selaku syarikat milik penuh DRB-HICOM telah melabur hampir RM4 bilion untuk melengkapkan pusat 3S EON smart Glenmarie, menggambarkan komitmen mereka dalam menawarkan pengalaman premium EV.