EQB terbakar: syarikat pengendali stesen pengecas tiada lesen Suruhanjaya Tenaga

oleh Mohamad Hanif|
Suruhanjaya Tenaga (ST) dalam satu kenyataan rasmi di laman Facebook memaklumkan syarikat pengendali stesen pengecas (EVCS) yang terbakar tempoh hari didapati tidak mempunyai lesen sah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pihak ST kini sedang menyiasat kes bagi mengenal pasti punca sebenar, dan akan memanggil pihak dan syarikat yang bertanggungjawab untuk membantu siasatan.

Menurut ST, Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447) dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 memperuntukkan aktiviti pembekalan tenaga daripada mana-mana pemasangan hendaklah dilaksanakan dengan mendapatkan lesen sah daripada pihak ST.

Dalam kes yang dilaporkan pada 31 Disember 2023, tiada sebarang kecederaan mangsa atau pasukan bomba dan penyelamat dilaporkan.

Difahamkan, kejadian tersebut menyebabkan sebuah kenderaan elektrik jenis Mercedes-Benz EQB terbakar sehingga 90 peratus hangus, selain menjejaskan 20 peratus kemudahan EVCS dan lima peratus pada ruang pameran premis.