EQS talaan Brabus - lebih aerodinamik, tawar jarak operasi lebih jauh

oleh Mohamad Hanif|
Di dalam dunia kenderaan elektrik, anda boleh memilih untuk mendapatkan sebuah model berprestasi tinggi talaan standard Mercedes-AMG dari kilang, atau memilih untuk mengupah Brabus untuk menala EV anda.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Satu contoh menarik yang wujud daripada katalog Brabus adalah EQS yang dikatakan jauh lebih menarik berbanding model standard kilang.

Apa yang menarik, Brabus berjaya menawarkan penambahan jarak operasi yang lebih jauh tanpa melibatkan talaan peningkatan kuasa kepada sistem trenkuasa asal EQS.
 

EQS


Menurut Brabus, EQS sudah pun mempunyai sistem aerodinamik terbaik di dunia, dengan kadar pekali seretan 0.20, dan jarak gerak sejauh 729 km mengikut data WLTP.

Apa yang dilakukan oleh Brabus pada EQS ini adalah menaiktaraf sistem suspensi, dengan merendahkan suspensi udara asal EQS sebanyak 15 mm di depan dan 20 mm di belakang, dipadankan dengan kit aero kustom seperti:

  • spoiler depan gentian karbon
  • trim karbon pada liang kemasukan udara sisi
  • spoiler trunk gentian karbon
  • diffuser gentian karbon

 

EQS


Dengan modifikasi ringan tersebut, kadar pekali seretan EQS telah berkurangan 7.2 peratus berbanding angka asal, dan bermakna ia mampu menambah jarak operasi tujuh peratus (atau 50 km) lebih jauh berdasarkan pemanduan yang dibuat pada julat kelajuan 100-140 km/j.

Malah, Brabus EQS juga dikatakan mampu menawarkan pemanduan yang lebih baik di selekoh dengan sistem suspensi yang telah ditala itu, dibantu dengan penggunaan tayar yang lebih baik.
 

EQS


Untuk mereka yang mahukan gaya, Brabus turut menyediakan pilihan rim monoblock bermula dari saiz 20 hingga 22 inci, logo Brabus, serta pilihan penyesuaian yang pelbagai.

Mengikut spesifikasi, Mercedes-Benz EQS 450+ didatangkan dengan motor elektrik tunggal menghasilkan kuasa setinggi 329 hp dan 568 Nm, serta pek bateri 107.8 kWh yang menyokong pengecasan 200 kW.

Baca: Mercedes-Benz EQS

Baca: Mercedes-AMG EQS

Berita Berkenaan

Berita Global
GR Corolla 2024 edisi terhad itu dihasilkan sebanyak 550 unit, dan hanya dijual untuk pasaran Jepun…
Berita Global
Kesan daripada pendekatan tersebut, kebanyakannya kini mempunyai rekaan yang tidak konvensional,…
Berita Global
Ada juga sesetengah pengeluar yang telah menghasilkan SUV berprestasi tinggi dan terbukti ia lebih…