Eropah haramkan Toyota GR Supra 2021!

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun Toyota GR Supra boleh dikatakan agak baharu di pasaran, Toyota telah pun menawarkan versi peningkatan bagi model tahun 2021 yang lebih berkuasa berbanding model terdahulu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jika sebelum ini Toyota GR Supra mempunyai spesifikasi kuasa 335 hp dan 500 Nm, Toyota GR Supra 2021 pula diberikan peningkatan kuasa sebanyak 14 peratus, atau 382 kuasa kuda. 

Namun, tiap perkara baik tidak selalunya baik, ini kerana menurut laporan daripada CarBuzz, benua Eropah tidak akan menerima GR Supra yang lebih berkuasa itu. 

Sebaliknya, Toyota GR Supra akan dihadkan kuasanya kepada 340 kuasa kuda atas alasan: perubahan peraturan pelepasan emisi Euro6 yang terkini. 
 


Peraturan baharu ini tidak tertakluk kepada Toyota GR Supra semata-mata, saudara sepupunya BMW Z4 M240i dan pesaing Porsche 718 Cayman juga turut mengalami nasib yang serupa. 

Namun, kami dapat merasakan bahawa berita ini tidak akan menyebabkan para peminatnya terhalang daripada membeli GR Supra baharu. 

Salah satu sebab yang nyata, Toyota GR Supra diakui sebuah model yang mudah untuk ditala dan dimodifikasi, dan tidak sukar untuk mencari garaj, bengkel atau rumah penala di sekitar Eropah dan UK untuk tujuan itu. 

Apatah lagi Toyota GR Supra kini merupakan salah sebuah model yang bakal menerjah layar perak menerusi filem F9: The Fastest Saga.

Yang pasti populariti GR Supra akan mencanak-canak naik. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kuantiti kenderaan elektrik (EV) buatan China semakin meningkat apabila pembuat kereta dan pengedar…
Berita Global
Tesla mengatakan melalui laman webnya, ia akan meningkatkan harga untuk semua kereta Model Y di…
Berita Global
Selepas Toyota mengumumkan penamatan jualan bagi model GR86 pada hujung tahun ini, tiba giliran…