Eskalator terbakar bukan di bawah seliaan Rapid Rail

oleh Mohamad Hanif|
Pihak Rapid Rail Sdn Bhd menjelaskan eskalator yang terbakar di Jalan Ampang, Kuala Lumpur awal pagi semalam bukanlah eskalator di bawah seliaan pihaknya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia berikutan laporan dan gambar yang tular di media sosial yang mendakwa eskalator di Stesen LRT Ampang Park telah terbakar.

Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian yang berlaku pada jam 5.16 pagi itu.

Menurut Rapid Rail, eskalator itu merupakan sebahagian daripada jejantas pejalan kaki yang digunakan oleh orang awam untuk menyeberangi Jalan Ampang, dan ia bukanlah milik atau di bawah selenggaraan Rapid Rail.

Pihak Rapid Rail sedang bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, serta pihak kontraktor bagi mengenal pasti punca kebakaran.

Berita Berkenaan

Informasi
"Boleh sahaja kalau nak percepatkan projek ini kita bina eskalator atas tangga, macam sekarang ada…
Berita Domestik
Menerusi rakaman satu klip video di laman sosial Ruzails memaparkan tiga eskalator yang tidak dapat…
Berita Domestik
  "Tindakan dilakukan oleh remaja tersebut boleh dikategorikan sebagai perbuatan vandalisme. "…