Esteban Ocon - anak mekanik yang berjaya buktikan dirinya!

oleh HEZERI SAMSURI|
Perlumbaan Grand Prix Formula 1 Hungary semalam membuktikan bahawa Esteban Ocon bukannya seorang pelumba yang "bernasib baik".

Anak muda Perancis yang berusia 25 tahun yang mempunyai keturunan Algeria dan Sepanyol itu sudah melalui tiga pasukan Formula 1. Malah, beliau bermula sebagai pemandu untuk pembangunan jentera Formula 1 sahaja, dan beliau pernah terkeluar terus dari sukan itu kerana tidak ada pasukan yang mahukan beliau.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Boleh dikatakan, pemandu yang turut ditaja oleh jam tangan premium Bell & Ross ini dilihat sebagai "pemandu tangkap muat" selama ini, sehingga beliau membuktikan kemahiran dan bakat sebenarnya semalam.

Di bawah ialah secara ringkas sejarah beliau di dalam Formula 1.

- Beliau mula dikenali selepas memenangi Kejuaraan Formula 3 Eropah dalam tahun 2014, selepas mengalahkan Max Verstappen.

- Namun begitu, walaupun Ocon yang menang, Verstappen yang dijemput masuk ke Formula 1 dan Ocon cuma berlumba di GP3.

- Semasa GP3, beliau cuma menang sekali, Ocon masih menjuarai kejuaraan GP3 2015 kerana merangkul tempat kedua sebanyak sembilan kali.

- Dalam tahun 2016, Ocon masuk berlumba kereta salun di bawah kejuaraan DTM. 

 

 

- Beliau mula memasuki Formula 1 dalam tahun 2016 bersama pasukan Manor, menggantikan Rio Haryanto, pemandu dari Indonesia yang terpaksa turun menjadi pemandu gantian kerana wang tajaan yang dijanjikan Kementerian Sukan Indonesia tidak diluluskan oleh parlimen.

- Keputusan terbaik Ocon bersama Manor ialah tempat ke-12 di Brazil.

- Untuk tahun 2017, Mercedes mengarahkan Ocon untuk masuk ke Force India sehingga tahun 2018, bila pasukan itu disahkan bankrap. 

- Keputusan terbaik Ocon bersama Force India ialah tempat keenam dan beliau pernah memulakan perlumbaan di petak ketiga di Itali, selepas pasukan Red Bull dikenakan penalti.

- Force India kemudian diambil alih oleh jutawan Lawrence Stroll dan menjadi Racing Point Force India.

- Insiden di mana Ocon berlanggar dengan kereta Max Verstappen menjadi berita hangat bila Verstappen menolak dada Ocon dan hampir bergaduh selepas perlumbaan berakhir. Verstappen kemudian didenda oleh FIA. 

 

 

- Tahun 2019, Ocon menjadi pemandu gantian untuk pasukan Mercedes. Walaupun Ocon berkata beliau bakal menggantikan Valtteri Bottas, Mercedes akhirnya mengekalkan Ocon sebagai pemandu gantian juga.

- Ocon masuk ke pasukan Renault dalam tahun 2020 dan di sini beliau mula menunjukan kebangkitan dalam prestasi perlumbaannya. Semasa perlumbaan di Bahrain, Ocon memenangi tempat kedua, keputusan terbaik Renault dan Ocon semenjak tahun 2010.

- Pasukan Renault bertukar nama kepada Alpine dan Ocon menjadi pemandu bersama Fernando Alonso. 

- Ocon menandatangani kontrak untuk terus berlumba bersama Alpine sehingga 2024.

 

 

Di Hungary semalam, Ocon memulakan perlumbaan di petak ke lapan. Beliau terus ke depan selepas permulaan yang agak kucar kacir dan berjaha menghalang Sebastien Vettel dari memotongnya (perlumbaan Vettel dibatalkan kemudian kerana tidak dapat memberikan sampel ujian bahan api selepas perlumbaan).

Kemenangan Ocon itu juga adalah kejayaan pertama selepas Alain Prost dalam tahun 1983 di mana seorang pemandu Perancis memandu untuk sebuah pasukan Perancis dengan kereta lumba yang menggunakan enjin Perancis.

Tahniah Ocon!

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
  Bagaimanapun, kesilapan pasukan Mercedes itu digunakan sebaik mungkin oleh Ocon untuk menguasai…