ETCM dan TCEAS tawarkan diskaun bantuan banjir untuk pemilik Nissan

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) bersama Tan Chong Ekspres Auto Servis Sdn. Bhd. (TCEAS) semalam mengumumkan bahawa mereka akan menawarkan program Nissan Flood Relief Assistance untuk pemilik Nissan yang terkesan dengan bencana banjir baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Program itu menawarkan diskaun 30% untuk alat ganti dan kos buruh, sedikit sebanyak dapat membantu ringankan beban yang dihadapi oleh pemilik Nissan yang terkesan dengan banjir.

Selain itu, mereka turut menawarkan proses restorasi untuk upholsteri pada harga istimewa iaitu RM1,655 untuk sedan dan RM1,988 untuk MPV,SUV, trak pikap dan van.

 

TCEAS

 

Sebagai tambahan, Nissan turut menawarkan pelan pembayaran ansuran Easy Payment Plan (EPP) sehingga 12 bulan dan waranti 6 bulan atau 10,000 km untuk setiap alat ganti yang ditukar.

Di samping menawarkan perkhidmatan servis tunda percuma untuk kereta yang terkesan teruk akibat banjir, tertakluk pada terma dan syarat.

Pemilik yang berminat boleh terus hubungi Nissan di talian 1800-88-3838 untuk sebarang maklumat lanjut atau membuat janji temu di pusat TCEAS atau pengedar Nissan berdekatan.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Pakej KURO berharga RM8,000 itu merangkumi kit aero yang dibangunkan oleh TOMEI Jepun, terdiri…
Model Terbaharu
Tambahan pakej itu memberikan kedua-dua varian tersebut rupa yang lebih lasak dan agresif, di mana…
Model Terbaharu
Dari sudut luaran, Nissan Serena J IMPUL ini mendapat kemasan krom dengan rekaan bampar yang lebih…