ETCM dedah teaser Nissan Kicks e-Power, EV Nissan Ariya bakal masuk Malaysia?

oleh Mohamad Hanif|
Edaran Tan Chong Motor menerusi iklan sambutan Tahun Baru Cina telah mendedahkan teaser kehadiran model crossover baharu untuk pasaran Malaysia, iaitu Nissan Kicks.

Sebagai makluman, Nissan Kicks merupakan crossover dalam segmen B yang bakal memberikan saingan secara terus kepada model seperti Honda HR-V, Mazda CX-3, Proton X50, serta Hyundai Kona.

Baca: Nissan Kicks e-Power dilancarkan di Thailand

Pada tahun 2019, ETCM sebelum ini pernah merancang untuk membawa masuk Nissan Kicks bersama-sama Nissan Almera yang telah pun dilancarkan dua tahun yang lalu.

Berdasarkan video berdurasi 59 saat itu, Nissan Kicks digambarkan hadir dengan trenkuasa e-Power, terdiri daripada motor elektrik EM57 berkuasa 129 PS dan 260 Nm, serta enjin 1.2 liter HR12DE yang bertindak sebagai unit penjana kuasa terus kepada motor elektrik dan bateri 1.57 kWh.
 

Aritya


Dalam masa yang sama, di penghujung video Nissan turut menyertakan imej sebuah lagi crossover, iaitu Nissan Ariya EV. 

Adakah ini membawakan petanda kehadiran EV tersebut ke pasaran Malaysia dalam masa terdekat dan dijual bersama-sama dengan Nissan LEAF?

Di pasaran tertentu, Nissan Ariya ditawarkan dengan pilihan motor elektrik tunggal  (218 PS/300 Nm) atau motor elektrik berkembar (394 PS/600 Nm).

Baca: Nissan Ariya EV

Pek bateri pula adalah berkapasiti 65 kWh dengan jarak operasi sejauh 360 km, atau 90 kWh yang membenarkan jarak operasi sehingga 500 km mengikut data WLTP.

Video tersebut boleh ditonton pada pautan di bawah:

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antara model yang layak termasuklah Nissan Almera 1.0L Turbo, Nissan Navara 2.5L Turbo 4WD, Nissan…
Berita Domestik
Sumbangan wang yang sebahagiannya diperoleh menerusi kempen Nissan Almera Turbo Fuel Efficiency…
Berita Domestik
Warna baharu yang dimaksudkan itu adalah warna Monarch Orange untuk varian Nissan X-Trail 2.0 Mid,…