ETCM lancar promo Raya Datang Awal

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan sambutan perayaan yang bakal tiba, Edaran Tan Chong Motor kini menawarkan kempen promosi Raya Datang Awal untuk para pelanggan yang tidak mahu ketinggalan menikmati pengecualian cukai jualan (SST) sehingga 30 Jun 2022.

Untuk model terpilih, ETCM turut menawarkan pakej aksesori secara percuma bernilai sehingga RM10,150.

Sepanjang bulan April dan Mei, ETCM turut mengadakan peraduan yang menawarkan e-baucar Lazada bernilai RM50,000, di mana pembeli bertuah yang mendaftarkan kenderaan baharu berjenama Nissan berpeluang membawa pulang baucar Lazada bernilai RM5,000 setiap satu.

Untuk pelanggan yang memandu uji sedan Almera Turbo juga akan menerima baucar Watsons bernilai RM30 sebagai menghargai minat mereka terhadap sedan tersebut.

Setiap pembelian kenderaan baharu Nissan dilindungi jaminan lima tahun tanpa had perbatuan, sementara model Navara pula didatangkan dengan jaminan lima tahun atau jarak perbatuan 150,000 km yang mana tiba dahulu.

Menerusi Tan Chong Express Auto Servis (TCEAS), Nissan memberikan jaminan khidmat selepas jualan yang terbaik kepada para pemilik Nissan dengan jaringan yang meluas, serta kemudahan untuk menempah slot temujanji menerusi aplikasi DriveOn yang boleh dimuat turun menerusi Apple App Store atau Google Play Store.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada Financial Times, sebanyak 2,700 unit Toyota bZ4X terkesan dengan kempen…
Berita Domestik
Kempen panggil semula ini merupakan salah satu daripada langkah keselamatan berjaga-jaga yang…
Berita Domestik
Ekstra KM Belanja merupakan kempen pertama seumpamanya yang membolehkan pelanggan menggunakan jarak…