ETCM lanjut tempoh waranti kenderaan Nissan 30 hari selepas tamat tempoh PKP

oleh Mohamad Hanif|
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) pada minggu lalu mengumumkan lanjutan tempoh waranti bagi semua kenderaan Nissan yang tamat tempoh ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan dengan tambahan 30 hari daripada tarikh tamat PKP.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini bermakna, jaminan sedia ada tidak akan terbatal walaupun perkhidmatan servis berkala tidak dapat dilaksanakan dalam tempoh PKP.

Para pengguna Nissan dinasihatkan supaya menetapkan semula temujanji servis berkala dalam masa 30 hari selepas tarikh tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan menerusi aplikasi DriveOn, laman web TCEAS, Call Centre atau tempahan secara terus dengan TCEAS Service Centre (selepas tamat tempoh PKP).

Malah, selepas tempoh PKP, Tan Chong Express Auto Servis Sdn Bhd (TCEAS) akan turut melanjutkan jam operasi Isnin sehingga Jumaat bermula dari 8.30 pagi sehingga 8.00 malam, manakala Kelantan dan Terengganu pula bermula dari Ahad sehingga Khamis.

Untuk maklumat lanjut, para pelanggan dinasihatkan supaya menghubungi 1800-88-3838 atau menerusi pautan 'Contact Us' di www.nissan.com.my

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Tambahan pakej itu memberikan kedua-dua varian tersebut rupa yang lebih lasak dan agresif, di mana…
Berita Domestik
Ia menggabungkan identiti korporat Nissan dengan logo Nissan yang terkini bertujuan untuk…
Berita Domestik
Antara promosi utama ialah model Nissan X-Trail Black Edition yang didatangkan dengan pakej…