ETCM umum kempen panggil semula X-Trail 2.0L Hybrid

oleh Mohamad Hanif|
Pihak Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) bersama-sama Tan Chong Express Auto Servis Sdn Bhd (TCEAS) mengumumkan kempen panggil semula produk secara sukarela melibatkan model Nissan X-Trail 2.0L Hybrid yang diproduksikan antara Jun 2018-Mei 2021.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kempen ini bertujuan untuk menangani masalah melibatkan komponen engine room harness, di mana hybrid power line yang berkemungkinan rosak disebabkan oleh gangguan tepi pendakap modul kawalan enjin atau transmisi.

Para pemilik (serta pemilik terkini) model yang disebutkan tadi akan dihubungi secara terus oleh TCEAS menerusi surat, SMS, atau Whatsapp dan dinasihatkan untuk segera menghubungi mana-mana pusat TCEAS berdekatan untuk membuat temujanji.

Segala kos penukaran komponen termasuk kos buruh akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak ETCM.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi Nissan Customer Care Centre Hotline di 1800-88-3838.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kedua-dua kempen yang akan berakhir pada 31 Disember ini menawarkan penjimatan sehingga RM93,000…
Berita Domestik
Kempen ini terbuka kepada semua pemegang keahlian BHPetrol eCards dan sah bermula 1 Mac hingga 30…
Berita Global
Menerusi projek ini, AC Schnitzer mahu membuktikan tidak mustahil untuk melakukan modifikasi…