Ia merangkumi perlindungan dari kebakaran, kecurian, kilat, letupan, tangki air atau paip pecah atau melimpah, serta bencana alam lain seperti taufan, ribut, gempa bumi dan banjir.
Tempoh kempen untuk perlindungan Pengecas Dinding di rumah tambahan secara percuma untuk insurans dan takaful motor EV yang baru didaftarkan itu berlangsung dari sekarang hingga 31 Mac 2023.

Perlindungan tersebut disediakan sebagai manfaat tambahan secara percuma bagi polisi atau sijil kenderaan persendirian Etiqa bagi Kenderaan Elektrik Berkuasa Bateri (BEV) atau Kenderaan Elektrik Hibrid Plug-in (PHEV) yang baru didaftarkan.
Selain itu, pemilik EV juga boleh mendapatkan perlindungan berasingan (stand-alone) untuk pengecas rumah EV di bawah pelan Insurans dan Takaful Semua Risiko (All Risk).
Pelan-pelan insurans dan takaful motor ini ditaja jamin oleh Etiqa General Insurance Berhad dan Etiqa General Takaful Berhad.

Chris Eng, Ketua Pegawai Strategi Etiqa berkata, “Sebagai pelopor industri insurans dan takaful yang memperjuang matlamat kelestarian, Etiqa sangat berbesar hati menawarkan perlindungan insurans dan takaful yang pertama di Malaysia bagi Pengecas Kenderaan Elektrik (EV) di Rumah. Harapan kami agar usaha ini dapat meningkatkan keyakinan pemilik-pemilik kereta dalam mempertimbangkan EV sebagai pilihan membeli kenderaan baharu, sekali gus menangani isu perubahan iklim di dalam pilihan peribadi mereka.
Di Etiqa, kami sentiasa berusaha menyemarakkan visi korporat kami iaitu ‘Making the World a Better Place’. Dengan menawarkan penyelesaian yang menggalakkan kelestarian peribadi dan korporat, kami ingin memberi galakkan kepada pelanggan dan rakan perniagaan untuk bersama-sama menghidupkan usaha Kelestarian ini,” tambahnya.