EU bakal haramkan penyaduran krom, boleh sebabkan kanser

oleh Mohamad Hanif|
Kemasan krom biasanya digunakan sebagai salah satu cara untuk menjadikan penampilan sesebuah kenderaan yang lebih premium.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Namun, penggunaan teknik penyaduran krom bakal diharamkan kelak disebabkan oleh penghasilan hexavalent chromium yang mampu menyebabkan kanser.

Lebih spesifik, ianya berpunca daripada pelepasan bawaan udara yang dikatakan 500 kali lebih beracun berbanding diesel, dan boleh menyebabkan kanser paru-paru yang kronik.

Penggunaan bahan penurun wasap kimia mampu untuk menangani masalah ini, namun ia juga mengandungi satu lagi bahan bertoksik tinggi yang dinamakan sebagai Perfluoroalkyl and Polyfluoroalkyl Substance (PFAS).

Kesatuan Eropah mengusulkan pengharaman bahan tersebut bermula tahun depan (2024), di mana ia dijangka akan memberikan impak yang signifikan terhadap industri automotif.

Selain digunakan pada komponen kenderaan, krom juga turut digunakan secara meluas pada barangan keperluan harian serta komponen tahan karat seperti gear pendaratan kapal terbang dan peralatan memancing.

Sumber: Autocar