EU Setuju Haramkan Enjin Pembakaran Dalaman Mulai 2035

oleh Penyumbang Rencana 2|
Berita tentang cadangan pengharaman jualan kenderaan petrol dan diesel baru tidak lagi asing dalam industri automotif dunia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Satu cadangan yang kelihatan mustahil suatu masa dahulu telah mula dipersetujui oleh Kesatuan Eropah apabila perjanjian mengharamkan kenderaan petrol dan diesel baru berjaya dicapai.

Dengan termuktamadnya perjanjian tersebut, ini bermakna pengeluaran enjin pembakaran dalaman akan turut ditamatkan secara keseluruhan dalam tempoh 12 tahun lagi.

Bagi pengeluar automotif volum rendah yang menghasilkan kereta dari 1,000 hingga 10,000 unit setiap tahun, mereka akan diberikan pengecualian untuk melanjutkan pengeluaran kereta berenjin pembakaran dalaman sehingga tahun 2036.

Kebanyakkan pengeluar masa kini juga telah memulakan langkah awal dengan menghasilkan kereta dengan teknologi hybrid, yang menyebabkan pengakhiran kepada banyak penggunaan enjin pembakaran dalaman asli.

Satu-satunya situasi yang membolehkan jangka hayat enjin pembakaran dalaman bertahan pada masa akan datang adalah dengan memulakan penggunaan bahan api sintetik daripada bahan yang boleh diperbaharui.

Selain daripada itu, pengeluar seperti Toyota kini mula mengkaji penggunaan bahan api hidrogen demi memastikan enjin pembakaran dalaman masih lagi relevan dan dalam masa yang sama tidak mencemarkan alam sekitar. 

Sumber: Motor1.com
Penulis: Ahmad Danial

Berita Berkenaan

Berita Global
Harga ditawarkan mereka kekal rendah oleh kerana "subsidi negara yang besar", katanya yang…
Berita Global
Namun, penggunaan teknik penyaduran krom bakal diharamkan kelak disebabkan oleh penghasilan…
Berita Global
Menurut berita Reuters, Jerman dilapor telah membentuk satu pakatan berasingan bersama-sama negara…