Euro 7 - Masa depan Golf Mk9 kian gelap?

oleh Mohamad Hanif|
Generasi kelapan hatchback Volkswagen Golf (Golf Mk8) telah dilancarkan pada tahun 2019, dan ini bermakna ia bakal menerima kemaskini kitaran pertengahan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun masa depan model hatchback tersebut tidak menentu berdasarkan laporan terbaharu oleh akhbar Jerman Welt.

Menurut CEO-nya Thomas Schäfer, Volkswagen masih lagi belum memutuskan masa depan model tersebut, malah pembangunan bagi model generasi kesembilan masih lagi belum dimulakan.
 

Golf R


Ini kerana regulasi emisi terbaharu Euro 7 dijangka akan dilaksanakan dalam tempoh beberapa tahun akan datang, dan pelaksanaan ini dijangka akan menaikkan lagi harga kereta berenjin sebanyak €3,000 hingga €5,000 (RM13,588-RM22,647).

Kenaikan kos ini dijangka mampu mencecah sehingga €10,000 (RM45,298) disebabkan kos pembangunan yang menjadi semakin mahal bagi memastikan enjin kekal mematuhi piawaian emisi yang semakin ketat.

Menurut Thomas lagi, pihaknya akan mengumumkan keputusan akhir untuk membangunkan Golf Mk9 dalam tempoh 12 bulan akan datang.
 

Golf R


Melihatkan kepada nasib Golf yang tidak menentu, adalah selamat untuk kita katakan nasib yang sama bakal menimpa sebuah lagi model hatchback Volkswagen, iaitu VW Polo.

EU bakal mengharamkan penjualan kereta berenjin petrol dan diesel bermula 2035, namun melihatkan kepada langkah sesetengah pasaran mungkin akan berbuat demikian lebih awal berbanding tahun yang dinyatakan, ia secara langsung akan memberikan kesan kepada penjualan model Golf itu sendiri.

Sumber: Welt

Berita Berkenaan

Berita Global
Bercakap kepada CarSales, pengarah pembangunan kenderaan Mercedes-AMG Steffen Jastrow menjelaskan…
Berita Global
Berdasarkan dokumen Kesatuan Eropah yang terbocor baru-baru ini, ia memberikan petunjuk tidak akan…
Berita Global
Akan tetapi, enjin enam silinder sebaris ini dikatakan bakal menjadi penamat bagi segalanya,…