Terdapat banyak nombor-nombor popular yang biasanya bersaing sengit, seperti nombor satu digit dengan bidaan bermula RM20,000, atau nombor premium dua digit yang perlu dibida bermula RM5,000.
Untuk nombor ‘8055’, ia merupakan nombor yang popular kerana bentuknya boleh disamakan dengan ‘BOSS’, justeru menarik minat ramai dan bidaan untuk nombor ini adalah bermula RM500.
Malah nombor ’805’ yang juga membawa bentuk huruf ‘BOS’ tergolong dalam jenis nombor popular dan bidaan untuknya turut bermula pada harga RM500.
Nombor plat EV 8055 telah berjaya dibida pada harga RM15,800 manakala nombor plat EV 805 telah berjaya dibida pada harga RM4,001.
Satu lagi nombor yang mungkin popular dikalangan penggemar teknologi adalah 1337 yang membawa maksud ‘leet’, iaitu kependekan perkataan ‘Elite’ yang bermaksud elit.
Nombor-nombor yang berjaya dibida ini perlu didaftarkan dalam tempoh setahun dan untuk nombor plat kereta elektrik akan datang, akan menggunakan siri berturutan EV _ A, EV _ B dan seterusnya.
Kesemua nombor yang berjaya dibida tidak akan boleh didaftarkan kepada kenderaan selain elektrik sepenuhnya, dan juga tidak dibenarkan untuk didaftarkan kepada kenderaan hibrid.