EV - Cabaran baru kepada pasukan bomba

oleh Penyumbang Rencana|
Kehadiran kenderaan elektrik (EV) ke dalam pasaran telah memberikan banyak impak kepada semua pihak, dari segi penerimaan, penggunaan, selenggara dan cara menghadapi masalah.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

EV mendapat pelbagai reaksi dari sudut positif dan negatif, terdapat beberapa perkara yang menyebabkannya masih sukar diterima kebanyakan orang, ianya menyebabkan perdebatan dikalangan pelbagai pihak tentang kesan sebenar terhadap alam sekitar yang dihasilkan oleh EV.

Antara masalah besar dihadapi EV ialah kesukaran untuk memadamkan api jika berlakunya kebakaran yang melibatkan komponen dalamannya.

Bateri voltan tinggi pada EV menjadi salah satu punca utama kebakaran sukar untuk dipadamkan, ini pastinya menjadi suatu malapetaka yang mesti dihadapi pihak bomba.
 

 

Tesla battery diagram


Walaupun mungkin terdapat beberapa kaedah baharu oleh sesetengah produk, kebanyakannya gagal menangani masalah yang berkaitan dengan kesan pelarian haba dalam bateri litium-ion yang besar.

Bateri voltan tinggi terdiri daripada banyak sel yang disusun dalam bungkusan rapat di dalam kotak kalis air dan tahan api.

Apabila satu sel rosak, ia pada dasarnya bakal menjadi bahan letupan kecil yang menghasilkan sejumlah besar gas dan haba (1200 darjah) dalam persepuluh saat.

Sebaik sahaja sel bateri bermasalah, ianya mustahil untuk dipadamkan kerana tindak balas kimia di dalam sel berlaku terlalu cepat.

Satu-satunya cara untuk menghentikan pelarian haba adalah dengan menyejukkan sel secara terus bagi memastikan sel yang terbakar tidak menyebarkan api ke sel lain.
 

Tesla cable diagram


Pada bulan April yang lepas, sebuah Tesla Model S telah terlibat dalam kemalangan bertempat di The Woodlands, Texas. Kejadian itu menyebabkan Model S itu marak dengan api yang pantas.

Anggota bomba menghabiskan empat jam bagi memadamkan kebakaran, sebahagian besarnya kerana bateri terus menyala dengan api.

Apabila kebakaran akhirnya terpadam, kira-kira 30,000 gelen air telah digunakan untuk memadamkan api, ianya jumlah biasa digunakan oleh bomba dalam masa sebulan!

Sangat banyak jika dibandingkan dengan penggunaan air untuk memadamkan kebakaran kereta dengan enjin pembakaran dalaman biasa, iaitu sekitar 500 hingga 1000 gelen air sahaja.

Satu syarikat di Eropah telah membangunkan kotak seperti kontena perkapalan di mana EV yang terbakar boleh dimasukkan dan diletupkan dengan air dari semua arah. Tetapi ia memerlukan trak khusus, menjadikannya tambahan yang mahal untuk jabatan bomba.

Semua bateri, termasuk bateri litium-ion, menggunakan elektrod positif dan negatif serta larutan elektrolit. Punca yang menjadikan bateri litium-ion lebih sukar untuk dipadamkan ialah penggunaan elektrolit organik sangat mudah terbakar.

Oleh itu, banyak pihak berusaha bagi menghasilkan kaedah dan teknologi yang berkesan untuk memadamkan kebakaran melibatkan EV. Ia juga bukan suatu usaha mudah disebabkan faktor kos yang tinggi dan sifat komponen pada kenderaan itu sendiri.

Sumber: arstechnica.com

Penulis: Ahmad Danial Yasin

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Brian Gu, Presiden dan Naib Pengerusi untuk Xpeng Motors, teknologi pemanduan pintar (smart…
Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…
Berita Global
Perjanjian itu datang selepas setengah tahun penstrukturan semula bernilai $4.2 bilion yang telah…