EV pertama Proton adalah…

oleh Firdaus Razani|
PROTON melalui laman Instagram rasmi mereka, protoncars berkongsi sebuah peraduan untuk meneka nama kenderaan elektrik (EV) di bawah nama PROTON dan menang hadiah wang tunai.

Anjuran peraduan teka nama model EV pertama Proton adalah memberi bayangan bahawa EV pertama di bawah jenama nasional bakal tiba tidak lama lagi.

Jadi, apakah nama rasmi EV pertama Proton yang bakal hadir tersebut? anda teka dan menang wang tunai.

Pemenang Hadiah Utama berpeluang memenangi wang tunai RM5,000 bersama dengan RM1,500 untuk tempat kedua dan RM1,000 untuk tempat ketiga.

Lima yang teratas akan diberi ganjaran, dengan setiap pemenang menerima RM100 tunai. Tunjukkan kreativiti anda dan berpeluang memenangi hadiah yang menarik.

Untuk menyertai, sila ikuti tiga-langkah mudah sepeti di bawah dan nyahkod nama EV terbaru Proton :

 

  • Langkah 1: Isi borang pendaftaran di https://protonev.pronet.my
  • Langkah 2: teka nama EV Proton
  • Langkah 3: Kongsi pautan pertandingan kepada rakan-rakan untuk menyertainya

 

Layari https://protonev.pronet.my untuk teka nama dan berpeluang memenangi hadiah yang menarik.

Pertandingan berakhir pada 5 Jun 2024. Untuk maklumat lanjut, ikuti ProtonCarsOfficial di Facebook atau @protoncars di Instagram.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by PROTON (@protoncars)

Berita Berkenaan

Informasi
"Rangkaian model pintar kami memaparkan sejumlah besar teknologi keselamatan pasif serta aktif,…
Berita Domestik
Sebanyak 62,697 unit telah terjual untuk lima bulan pertama yang sekaligus telah mengukuhkan…
Berita Domestik
"Walaupun (2024) X50 ini nampak sama pada luarannya, namun sebenarnya terdapat kira-kira 20…