EV pertama Sony, Honda mungkin datang dengan konsol PS5 terbina dalam!

oleh Mohamad Hanif|
Kenderaan elektrik yang bakal dilancarkan oleh Sony Honda Mobility bukan sahaja dilengkapi dengan pelbagai teknologi moden, terdapat laporan ia mungkin akan didatangkan sekali dengan konsol PlayStation 5 terbina.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bercakap kepada Financial Times, Presiden Sony Honda Mobility Izumi Kawanishi menjelaskan, syarikat baharu itu berada di posisi tepat untuk memanfaatkan perubahan pilihan pengguna serta memadankan gajet berteknologi tinggi di dalam industri automotif.

"Sony mempunyai teknologi kandungan, perkhidmatan dan hiburan yang dapat menggerakkan orang ramai.

"Kami akan menyesuaikan kesemua aset ini ke dalam mobiliti, dan ini merupakan kekuatan kami untuk berdepan dengan Tesla," jelasnya lagi.
 

PS5


Bekas ketua perniagaan robotik AI Sony itu turut menambah, adalah tidak mustahil untuk mengintegrasikan konsol PlayStation 5 ke dalam kereta yang membolehkan para pemilik dapat menikmati permainan video di dalam kabin.

Untuk makluman, kerjasama antara Honda dan Sony telah ditubuhkan pada awal tahun ini.

Dalam syarikat baharu itu, Honda bertanggungjawab untuk menghasilkan model pertama, sementara Sony pula akan membangunkan aspek perkhidmatan mobiliti serta perisian yang bersesuaian.

Sumber: Financial Times

Berita Berkenaan

Berita Global
Antara syarikat yang terlibat untuk melabur dalam projek itu ialah pembekal Toyota Denso, NTT,…
Berita Global
Dalam masa yang sama, mereka turut menyiarkan sebuah video acah berdurasi 15 saat model EV yang…
Berita Global
Kerjasama 50:50 yang terbentuk itu sebelum ini dilapor akan menjadi sebuah entiti tersendiri yang…