Everrati Pagoda, model ikonik Mercedes-Benz W113 SL jadi kereta elektrik!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Everrati Pagoda 2023
Everrati Pagoda 2023
Sudah acap kali artikel tentang Everrati mengubahsuai kereta klasik dan ikonik menjadi kenderaan elektrik (EV) diterbitkan di Careta.

Kali ini, giliran model ikonik Mercedes-Benz SL W113 ‘Pagoda’. Kereta ini tidak murah dan berharga dari enam hingga tujuh angka matawang tempatan.

Mercedes-Benz SL W113 dengan bumbung Pagoda merupakan karya agung Paul Bracq yang dikeluarkan dari 1963 hingga 1971. Puluhan tahun dan masih kelihatan anggun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Everrati Pagoda 2023

 

Ditawarkan dalam versi  230sl, 250sl dan 280sl, SL Pagoda dimiliki pelbagai individu terkenal seperti John Lennon dan David Coulthard.

Unit Everrati dibaik pulih pakar Mercedes-Benz, Hilton & Moss pada tahap tertinggi dan kemudiannya dibekalkan pakej elektrik.

Seperti biasa, penukaran tersebut boleh dikembalikan kepada asal dan mengekalkan nilainya. 

 

Everrati Pagoda 2023

 

Kerja-kerja pengubahsuaian dibuat secara profesional dan teliti termasuk penggunaan reka bentuk berbantu komputer (CAD).

Everrati memaklumkan berat dan pembahagian berat kereta ini seperti asal.

Tidak hanya sekadar ubah suai dan pasang, dua faktor tersebut satu aspek yang sangat penting untuk projek sebegini.

 

Everrati Pagoda 2023

 

Pakej elektrik SL Pagoda terdiri daripada pek bateri baharu 68 kilowatt-jam (kWj) dengan pengurusan bateri dan kawalan suhu canggih.

Motor AC tiga fasa gred OEM dipasang dan menggunakan kotak gear kelajuan tunggal 1.90:1 buatan khas. Sebagai EV, kereta ini juga mempunyai brek regeneratif.

Pada bahagian dalam meter diubah suai dengan memaparkan maklumat elektrik dan masih mengekalkan penampilan asal.

 

Everrati Pagoda 2023

 

Dari segi kuasa, pecutan dari 0 hingga 97 kilometer sejam (km/j) di bawah tujuh saat. Pakej elektrik kereta menghamburkan 300 bhp dan tork 300Nm.

Jarak pemanduan sehingga 322 km dan kelajuan maksimum mencecah 199 km/j.

Berapa harga sebuah? Bergantung kepada permintaan pelanggan dan seperti yang dimaklumkan, unit asal SL Pagoda mencecah ratusan ribu hingga jutaan ringgit.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Everrati Pagoda 2023