Everrati ubah Porsche 911 ST jadi kereta sports elektrik, 440 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Porsche 911 G-Series menjadi siri 911 yang paling popular pernah dihasilkan oleh Porsche dengan hampir 200,000 unit terjual antara tahun 1973 hingga 1989.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Tatkala model tersebut kini menjadi buruan di kalangan para pengumpul model-model klasik Porsche, firma pakar kereta elektrik Everrati telah memberikan nafas baharu bagi menjadikan kereta sports itu lebih bertenaga dan mesra alam.
 

Everrati


Everrati telah bekerjasama dengan RS Werks untuk memastikan kualiti restorasi berada pada tahap optimum, dan memastikan berat badan kereta ini menyamai spesifikasi asal (960 kg).

Selain itu, kedua-dua syarikat juga menumpukan perhatian dalam mengekalkan nisbah pengagihan berat badan 911 ST yang asal.
 

911


Enjin Porsche 911 ST yang mampu menghasilkan 270 hp itu telah dibuang daerah, dan digantikan dengan trenkuasa motor elektrik tunggal 440 hp yang memacu roda belakang.

Terima kasih kepada penukaran tersebut, pecutan 0-96 km/j kini boleh dicapai sekitar 4.5 saat.
 

911


Pek bateri berkapasiti 60 kWh pula membolehkan Porsche elektrik ini dipandu pada jarak lebih 322 km untuk sekali cas penuh, selain menyokong pengecasan AC dan pengecasan pantas DC.

Ciri lain yang boleh dimuatkan pada kereta ini termasuklah sistem pendingin hawa, sistem stereng berkuasa, serta sistem infohibur dengan sambungan Apple CarPlay.

 


Pembeli juga boleh mendapatkan sistem gantungan adaptif TracTrive yang menawarkan beberapa tetapan untuk disesuaikan dengan dinamik pemanduan semasa, dan dalam masa yang sama menawarkan tahap keselesaan yang tersendiri.

Tiada sebarang tanda harga diumumkan, namun projek sebegini kemas sudah pasti memerlukan belanja yang besar untuk disiapkan.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Model itu ringan, siap untuk berlumba dan berbadan lebar. Type 964 RSR 3.8 juga memakai logo…
Berita Global
  Ditawarkan dalam versi  230sl, 250sl dan 280sl, SL Pagoda dimiliki pelbagai individu terkenal…
Berita Global
  Land Rover Series IIA dikeluarkan dari 1961 hingga 1971 dan satu daripada 'Len Roba' yang…