eVITA Concept, EV untuk kemudahan OKU, hasil kerjasama Motability Operations dan CALLUM

oleh Muhammad Md Tajudin|
Motability Operations - CALLUM eVITA Concept 2024
Motability Operations - CALLUM eVITA Concept 2024
Di dalam kerancakan penawaran kenderaaan elektrik (EV) hari ini bagaimana dengan orang kurang upaya (OKU)?

Sudahkah wujud kenderaan yang khusus untuk mereka atau ubah suai sahaja kenderaan sedia ada supaya mudah kerusi roda ditolak ke dalam.

Motabilty Operations yang mengkhususkan dalam penyediaan pelbagai jenis kenderaan untuk OKU di United Kingdom (UK) mempunyai idea tersendiri.

Syarikat memperkenalkan eVITA iaitu sebuah kenderaan konsep kerusi roda boleh akses elektrik (eWAV) yang direka dan dibangunkan oleh CALLUM.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Motability Operations - CALLUM eVITA Concept

 

Motability Operations mahu bekerjasama dengan industri supaya prinsip rekaan inklusif diambil kira dalam pembangunan kenderaan dan pengguna kerusi roda tidak diabaikan.

Di dalam sesetengah EV, bateri yang dipasang pada lantai mengurangkan ketinggian dalaman dan ruang di dalam kabin selain menghadkan beban muatan.

Jika dibiarkan, pengguna yang berkerusi roda perlu memilih kenderaan yang lebih besar daripada keperluan apabila bertukar kepada EV.

Melalui klinik penyelidikan, pelanggan Skema Motability memberikan maklumat penting dan keutamaan pengguna WAV di jalan raya. 

 

Motability Operations - CALLUM eVITA Concept 2024

 

Mereka mahukan sesuatu yang anjal dan memenuhi keperluan tanpa menjejaskan bentuk rekaan.

Kakitangan CALLUM di bawah penyeliaan Ian Callum CBE dan diterajui Ketua Pereka, Aleck Jones menghasilkan sebuah model yang memenuhi keperluan itu dan lahirnya eVITA.

Turut terlibat ialah dua pelajar, Zoe Graham dan Yikuan Zhang yang dipilih dari program 'design hacks' yang diadakan di The Glasgow School of Art dan Coventry University.

eVITA bukan van ala kotak kasut, rekaannya dibuat elegan dan memiliki saiz ruang kepala bersesuaian untuk pengguna kerusi roda masuk dari pintu belakang.

 

Motability Operations - CALLUM eVITA Concept 2024

 

eVITA berukuran panjang 4,520 milimeter (mm), lebar 1,908 mm dan tinggi 1,800 mm. Saiznya sedang-sedang, tidak terlalu besar dan tinggi.

Satu aspek penting dalam rekaan eVITA ialah peletakan bateri.

Diketuai Pengarah Kejuruteraan, Adam Donfrancesco, bahagian kejuruteraan CALLUM telah mempakejkan semula bateri.

Perkakasan dalaman disusun semula bagi mengurangkan ketinggian keseluruhan.

 

Motability Operations - CALLUM eVITA Concept 2024

 

Bateri ditempatkan di bawah lantai kerusi baris pertama dan menjadikan lantai di antara kerusi baris pertama dan pintu belakang rata sepenuhnya.

Rekaan itu membolehkan kerusi roda memasuki eVITA dengan mudah dan dekat dengan penumpang lain. 

CALLUM menggunakan bahan ringan pada tempat bersesuaian bagi mengimbangi beban muatan untuk perkakasan dalaman.

Satu lagi ciri penting yang berjaya dicapai ialah jarak kelegaan bumi 160 mm yang bersamaan dengan kereta hatchback dan memudahkan laluan masuk dan ruang kepala lebih tinggi.

 

Motability Operations - CALLUM eVITA Concept 2024

 

Ciri tersebut membolehkan pengguna kerusi roda duduk lebih rendah di dalam kabin dan perkara penting buat pelanggan Skema Motability.

eVITA dilengkapi dua port pengecasan untuk memudahkan pengguna. Bateri 50 kilowatt-jam (kWj) membolehkan eVITA dipandu sehingga 322 kilometer (km).

Kedudukan bateri menyumbang kepada pusat graviti rendah dan meningkatkan lagi pemanduan serta keupayaan di selekoh.

Suspensi belakang dengan redaman tinggi menyumbang kepada pengendalian yang baik.

 

Motability Operations - CALLUM eVITA Concept 2024

 

Tetapan itu juga menyeimbangkan pemanduan yang selesa dan lembut dengan kawalan bagi meminimumkan olengan di bulatan, bonggol dan lopak jalan.

Kabin eVITA memiliki dua pintu depan dan dua pintu belakang dengan pintu gelangsar kawalan butang. 

Pintu kargo jenis terpisah dengan bukaan atas yang berguna ketika hujan dan dibuka menggunakan sistem elektronik.

Pintu kargo merupakan ciri penting eWAV dan pengguna Skema Motability begitu menekankan penggunaan yang mudah.

 

Motability Operations - CALLUM eVITA Concept 2024

 

Tanjak yang lebar dan rendah dikeluarkan secara automatik dan winc memudahkan pengguna kerusi roda memasuki eVITA.

Satu perkara yang mengecewakan pelanggan Motability ialah apabila pemandu lain meletakkan kenderaan terlalu hampir di belakang.

Keadaan itu menyukarkan dan kerap kali mengakibatkan tanjak tidak boleh diturunkan.

Bagi menangani cabaran tersebut dan memperingatkan pemandu lain, eVITA dilengkapi lampu permukaan jalan yang memancarkan imej untuk peletakan tanjak di belakang.

 

Motability Operations - CALLUM eVITA Concept 2024

 

Ciri praktikal lain ialah kerusi belakang anjal dan suis kawalan maklumat hibur, pemanas dan penyaman udara khas untuk penumpang belakang.

Panel suis yang dipanggil utility bar itu turut dilengkapi port pengecasan, cangkuk pakaian atau beg dan ruang simpanan seperti pemegang cawan.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Motability Operations - CALLUM eVITA Concept 2024