eVTOL XPeng X2 buat penerbangan sulung di Dubai

oleh Mohamad Hanif|
Selepas mendapat permit kelulusan khas daripada Dubai Civic Aviation Authority (DCAA), eVTOL Xpeng X2 akhirnya membuat penerbangan pertama di langit Dubai.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penerbangan demonstrasi itu dibuat pada hari pembukaan acara pameran teknologi GITEX Global di Dubai World Trace Center, di mana model X2 itu naik ke langit tanpa bantuan manusia di dalamnya.
 

X2


Xpeng X2 itu dibangunkan oleh divisyen Xpeng Aeroht yang kini dalam generasi kelima dan menampilkan kokpit tertutup dengan rekaan seakan titisan air mata (teardrop design).

Binaan Xpeng X2 ini diperbuat daripada bahan gentian karbon dan operasi penerbangan boleh dikawal secara autonomi atau menggunakan cara manual.
 

X2


Xpeng X2 juga turut menerima pujian daripada para penilai DCAA disebabkan oleh kestabilan penerbangan serta penyeragaman keseluruhan operasi penerbangannya.

Ini juga merupakan kali pertama sebuah kenderaan terbang autonomi buatan China yang telah melengkapkan penilaian risiko operasinya di luar negara.
 

X2


Xpeng X2 merupakan sebuah kuadkopter yang  mampu membawa muatan dua orang penumpang pada satu-satu masa, dengan kelajuan maksimum 130 km/j dan masa penerbangan selama 35 minit.

Ia mampu naik ke altitud 300 hingga 500 meter dengan bantuan 8 motor elektrik dan 8 kipas propeller.

Untuk generasi keenam, Xpeng merancang untuk menambah ciri roda supaya boleh diklasifikasikan sebagai sebuah kereta terbang.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Terbaharu, syarikat pengeluar Suzuki telah menandatangani perjanjian untuk membina model eVTOL…
Berita Global
  Dengan ciri-ciri seperti sistem kuasa elektrik sofistikated, aerodinamik canggih dan berat…
Berita Global
Dalam ujian penerbangan sulung itu, VoloConnect berjaya melakukan beberapa pergerakan manuver yang…