Experience the Drive-Pandu uji kereta Proton dan menang wang tunai

oleh DIANA ISMADI|
Jaecoo J7 MREC Banner Campaign March 2025

Proton Holdings Berhad kini masih menjalankan peraduan “Experience the Drive”.

 

Bagi anda yang berminat untuk menyertai peraduan ini, anda perlu memandu uji kereta-kereta Proton di mana-mana bilik pameran Proton atau semasa siri jelajah.

 

Selepas pandu uji, anda hanya perlu menulis slogan pendek yang kreatif atau penerangan mengenai pengalaman pandu uji tidak melebihi 20 patah perkataan.

 

Hadiah yang ditawarkan untuk dimenangi setiap bulan termasuk dua pemenang mingguan yang akan memenangi kad petrol bernilai RM500 manakala pemenang bulanan akan menerima wang tunai sebanyak RM3,000.

 

Peraduan Experience the Drive ini telah pun bermula pada 1 Mac 2017 dan akan berlangsung sehingga hujung tahun ini.

 

Anda juga digalakkan untuk menempah sesi pandu uji melalui aplikasi mudah alih My Proton.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.proton-edar.com.my/en/Promotions/Experience%20The%20Drive%20Contest%20-%20June%202017.aspx#promo-details

Berita Berkenaan

Berita Global
Lebih awal pada 17 Mei, model Galaxy A7 telah dilihat di jalanan China dalam balutan penyamaran…
Berita Domestik
Bulan April dengan 863 unit terjual (gabungan pasaran tempatan dan eksport), Proton e.MAS 7 kini…
Berita Domestik
Proton juga memberi rebat  RM2,000.00 untuk pendaftaran kenderaan Proton baharu, termasuk Proton e.…