Expo EVM ASIA 2022 Jadi Platfom Perkembang Industri Kenderaan Elektrik (EV)

oleh Penyumbang Rencana 2|
AMB Tarsus Event Group dan Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) sebagai rakan kongsi akan menjadi tuan rumah dalam Expo EVM ASIA 2022 yang bertempat di MITEC, Kuala Lumpur.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Acara ini akan mengadakan pelbagai pertunjukan kenderaan dan teknologi EV/Hybrid, mobiliti, pembuatan teknologi dan bahagian serta komponen kenderaan pada 27 hingga 29 September 2022.

Dengan jangkaan kehadiran pengunjung sebanyak 10,000 orang, EVM Asia 2022 merupakan sebuah platform yang dicipta bagi menyokong transformasi industri automotif Malaysia menerusi Dasar Industri Kenderaan Elektrik (EV) terhadap penggunaan dan pembangunan kenderaan EV.

Pihak MARii juga akan memberikan bimbingan dan penerangan kandungan terhadap setiap pameran dan simposium teknologi yang ada di acara ini.

Turut terlibat, Persatuan Kenderaan Elektrik Malaysia (EVAM) dan Kelab Pemilik Kenderaan Elektrik (EVOC) untuk memberikan sokongan terhadap Ekspo EVM Asia 2022 yang diadakan ini.

Penulis: IZRA