F1 2020: Grand Prix (GP) Austria, Valtteri Bottas juara!

oleh SALINA JALIL|
Pemandu dari pasukan Mercedes-AMG Petronas yang berasal dari Finland, Valtteri Bottas memenangi perlumbaan pertama musim Formula Satu yang baharu di Austria sebentar tadi setelah tertangguh sebelumnya gara-gara penularan pandemik Coronavirus.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Bottas, yang mendahului setiap pusingan dalam prestasi tanpa cela, melintasi garisan hanya 0.6 saat dari rakan sepasukan Mercedesnya, Lewis Hamilton tetapi juara dunia itu dihukum setelah dia terlibat dalam kemalangan dengan pemandu Red Bull, Alex Albon pada peringkat penutup.

 

Pemandu Ferrari, Charles Leclerc pula menduduki tangga kedua dalam saingan sengit yang turut menyaksikan seramai 14 daripada 20 pelumba berlutut tanda solidariti kepada anti perkauman di petak permulaan sebelum bermulanya perlumbaan.

 

Bottas, warganegara dari Finland telah mendapat petak pertama semalam, mana kala rakan sepasukan, Lewis Hamilton di tempat kedua, tetapi diturunkan ke tangga keempat berikutan penalti lima saat, insiden yang berlaku di saat-saat akhir perlumbaan.

 

Lando Norris yang mewakili McLaren di tempat ketiga bagi podiuum pertamanya, dan Lewis Hamilton mengakhiri pelumbaaan di tangga ke-empat. 

 

contact point

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

- Telegraph UK

Berita Berkenaan

Berita Global
Dia berdepan dengan 27 pertuduhan, di mana 24 daripadanya melibatkan suapan sebagai penjawat awam,…
Sukan Bermotor
Pada Khamis lalu bertempat di Hungaroring, Hawkins telah melakukan 26 pusingan dalam jentera F1…
Sukan Bermotor
Menurut laporan Daily Mail, Hamilton yang kini berusia 38 tahun itu mahu berlumba sehingga umur 43…