F1: Aston Martin guna nadi Honda bermula 2026

oleh Mohamad Hanif|
Pasukan F1 Aston Martin hari ini mengumumkan mereka akan menggunakan unit trenkuasa yang dibekalkan oleh Honda bermula tahun 2026.

Tahun yang sama bakal menyaksikan pelaksanaan undang-undang baharu di mana penggunaan bahan api sintetik akan dikuatkuasakan serta perubahan dari aspek elektrifikasi trenkuasa.

Sebelum ini, pasukan tersebut menggunakan unit enjin yang dibekalkan oleh Mercedes-AMG sejak dari tahun 2018 lagi.

Pengerusi Eksekutif AMF1 Team, Lawrence Stroll berkata, "saya amat mengalu-alukan kehadiran Honda dan Honda Racing Corporation (HRC) ke dalam pasukan Aston Martin Aramco Cognizant F1.

"Honda merupakan gergasi global, dan kejayaannya dalam sukan permotoran sejak sekian lama sangat mengkagumkan.

Menurut CEO Global Honda, Toshihiro Mibe berkata, "salah satu kunci utama untuk menyahut cabaran baharu dalam F1, ialah sukan tersebut kini berusaha untuk menjadi siri perlumbaan yang lebih mampan, selari dengan hala tuju Honda untuk mencapai neutraliti karbon.

"Kami percaya dengan teknologi yang ada, serta pengetahuan yang diperoleh daripada cabaran baharu ini berpotensi untuk digunakan secara langsung pada kenderaan elektrik produksi massa kami, seperti kereta sports mercu, serta teknologi elektrifikasi dalam pelbagai bidang.

Sumber: Aston Martin F1

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Jelasnya, hasrat untuk menganjurkan semula sukan tersebut masih lagi dalam penelitian, apatah lagi…
Model Terbaharu
Kini, unit pertama untuk pasaran Malaysia sudah pun mendarat dan boleh dilihat dengan lebih dekat…
Berita Global
  DBX707 ditugaskan untuk membawa kaki tangan perubatan ke lokasi insiden yang dilaksanakan oleh…