F1: Audi beli McLaren, Porsche beli Red Bull?

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum ini, terdapat ura-ura yang mencadangkan Kumpulan Volkswagen bakal menceburi sukan berprestij F1.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan laporan terbaharu oleh CAR Magazine, kemasukan pengeluar tersebut bakal diwakili oleh dua jenama naungannya, iaitu Audi yang akan bekerjasama dengan McLaren, dan Porsche dengan pasukan Red Bull Racing.

Tambah laporan itu lagi, kedua-dua jenama automotif itu kini sedang menunggu kelulusan oleh lembaga penyeliaan Volkswagen.

Jika benar, kedua-dua Audi dan Porsche bakal membuat kemunculan rasmi pada tahun 2026 sebagai pembekal enjin, dan terdapat senario di mana Audi/McLaren akan bekerjasama dengan Porsche/Red Bull untuk mengalahkan pesaing Ferrari dan Mercedes pada masa akan datang.

Sementara Porsche pula dilaporkan sedang mengadakan perbincangan dengan pasukan Red Bull, di mana mereka akan mengambil alih divisyen enjin pasukan tersebut setelah tempoh kerjasama dengan Honda tamat.

Menurut CAR Magazine lagi, peguam daripada kedua-dua pihak Audi dan McLaren kini sedang berbincang, di mana pemegang saham terbesar McLaren dilaporkan bersetuju untuk menjual keseluruhan pegangannya di dalam pasukan F1 dan pengeluar automotif tersebut.

Sumber: Car Magazine

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Liberty Media yang telah memiliki F1 sejak 2017 telah membeli MotoGP daripada syarikat Sepanyol…
Informasi
Katanya, tiada maklumat terperinci bagi penganjuran Formula E, tetapi ia melibatkan kos dua kali…
Sukan Bermotor
Audi turut telah mengesahkan bahawa Andreas Seidl dilantik sebagai bos pasukan baharu mereka untuk…