F1 Belanda - Kimi positif COVID-19, diganti dengan Kubica

oleh HEZERI SAMSURI|
Pelumba Alfa Romeo Racing Orlen, Kimi Räikkönen tidak akan berlumba untuk pusingan Formula 1 Belanda kerana positif dalam ujian COVID-19.

Menurut kenyataan FIA, Kimi gagal ujian PCR tersebut yang dilakukan di litar Zandvoort itu tadi dan dia tidak dibenarkan untuk mengikuti sebarang program untuk perlumbaan kali ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Alfa Romeo juga mengesahkan berita itu dan berkata Kimi tidak menunjukkkan sebarang simptom dan berada dalam keadaan semangat yang tinggi.

"Kimi akan dikuarantinkan di dalam biliknya di hotel dan siasatan kontak rapat sedang dilakukan oleh pasukan kami," ujar Alfa Romeo.

 

 

Tempat beliau akan diambil oleh Robert Kubica, pemandu simpanan Alfa Romeo. Ini ialah kali pertama Kubica berlumba sejak meninggalkan pasukan Williams dalam tahun 2019.

Kubica pernah merangkul tempat pertama selama berlumba di dalam siri MotoGP dari 2006 hingga 2010, sebelum mengalami kecederaan serius ketika memandu kereta rali.

Beliau kembali ke F1 dengan Williams dalam tahun 2019 dan pernah memandu jentera lumba C41 milik Alfa Romeo tahun ini kerana terbabit dalam sesi-sesi ujian.

Kubica diberi masa sejam untuk membiasakan diri dengan jentera itu di Zandvoort sebelum melakukan ujian masa.

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Audi turut telah mengesahkan bahawa Andreas Seidl dilantik sebagai bos pasukan baharu mereka untuk…
Berita Global
Kehebatan kejuruteraan pasukan itu tidak dapat dinafikan lagi dan kali ini Red Bull bakal…
Sukan Bermotor
Lebih mengejutkan, bintang F1 itu juga diumumkan akan bersama pasukan Scuderia Ferrari pada tahun…