F1: Ferrari bolot kedudukan 1-2

oleh Mohamad Hanif|
Charles Leclerc dari Ferrari menang perlumbaan pembukaan musim Formula Satu Grand Prix Bahrain selepas juara bertahan, Max Verstappen terkeluar kerana masalah elektrikal dua pusingan sebelum tamat awal pagi tadi.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Carlos Sainz menjadikan kedudukan satu-dua buat Ferrari manakala Sergio Perez melengkapkan hari yang buruk buat pasukan Verstappen, Red Bull apabila mengalami masalah mekanikal pada pusingan terakhir yang memberikan tempat ketiga buat Lewis Hamilton.

George Russell, dalam perlumbaan pertamanya sejak menyertai Hamilton di Mercedes menggantikan Valtteri Bottas, di tempat keempat yang memberikan Mercedes 27 mata.

Bagi Leclerc, yang terus tenang apabila dia dan Verstappen bertukar-tukar kedudukan pendahulu sebanyak lima kali dalam dua pusingan, kemenangan itu memberikan kegembiraan yang besar.

"Itulah sepatutnya cara kami memulakan musim. Satu-dua. Mamma mia," kata pemandu dari Monaco itu di radio.

Ketika trofi sudah berada di tangan Leclerc berkata: "Saya sangat gembira. Kami tahu ini adalah peluag buat pasukan dan pasukan melakukan tugas hebat membina jentera yang menakjubkan.

"Satu-dua hari ini bersama Carlos - tiada yang lebih baik daripada itu. Ia menakjubkan untuk kembali ke kedudukan teratas."

Sumber: AFP menerusi Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
Tuntutan itu mendakwa bahawa pembuat kereta itu hanya boleh memberikan penyelesaian "interim" untuk…
Informasi
Pada tahun 2016, Ferrari mendakwa ia mempunyai jumlah pelanggan tiga kali lebih ramai daripada…
Berita Domestik
Selain dari Hyundai, syarikat itu kini mempunyai pelbagai jenama automotif lain di bawah lembayung…