F1: George Russel sah jadi rakan Lewis dalam Mercedes

oleh Mohamad Hanif|
George Russell sah menjadi rakan sepasukan Lewis Hamilton untuk musim perlumbaan 2022 setelah beliau menandatangani perjanjian jangka panjang dengan Mercedes.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pelumba muda itu bakal menggantikan tempat yang dikosongkan oleh Valtteri Bottas yang kini menuju ke pasukan Alfa Romeo untuk musim hadapan.

George Russel, 23 membuat kemunculan kali pertama menerusi pasukan Williams pada tahun 2019, namun beliau berjaya menunjukkan bakat beliau ketika menggantikan peranan Lewis Hamilton pada tahun lalu.

Pelumba British itu turut berjaya meraih podium di Belgium bulan lalu, ketika beliau mendapat gelaran 'Mr. Saturday' disebabkan prestasi dalam pusingan kelayakan yang impresif.


Sumber: F1

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bertemakan ‘Success on the Fast Lane’, acara itu sebahagian daripada usaha PETRONAS Lubricants…
Sukan Bermotor
Disifatkan sebagai pantas, berbakat dan progressif itu, bintang muda yang sedang meningkat naik itu…
Sukan Bermotor
Russell menggantikan Lewis Hamilton yang positif Covid-19 selepas perlumbaan Bahrain.  Menurut…